Monday, February 14, 2011

First Salam For My Firework


Salam.

Now I declare, the existence of my blog, "Firework". Hehe. Alkisah, nak dijadikan cerita macam mana boleh jadi pembikinan blog ni adalah kerana kehilangan blog lama aku, 'http://brilliannajlaa.blogspot.com'

Semalam, bersamaan dengan hari Isnin, 11 Rabi'ulawal, 14 Februari 2011, aku pergi office untuk kerja macam biasa dan menghadiri mesyuarat kelab di office. Jadi budak practical ni, memanglah busy, kena setup itu ini untuk apa-apa event. Tapi yang buatkan hati aku rasa berdebar-debar dan excited tu, sebab ada jugak acara cabutan bertuah. Yang lagi best tu, hadiah ada 40. So, rasa-rasanya sesiapa yang tak dapat tu memanglah tak bertuah kan.

Cabutan Bertuah

Untuk sesiapa yang attend meeting tu, kena tulis nama kat sekeping kertas. Kat atas meja ada colour biru, pink, dan kuning. Masing-masing kena pilih nak colour apa dan tulis nama atas kertas tu. Kertas-kertas tulah yang akan dicabut masa acara cabutan bertuah nanti. Aku deng
an sorang lagi kawan ni saja pilih colour pink, kononnya feminin.

Kawan-kawan se-praktikal pun, apa lagi, sibuk susun hadiah, aku pulak sibuk angkut hadiah dari bilik hakim. Masa angkat tu, hati pun rasa, bahagianya kalau hadiah tu ana yang punya.

Dipendekkan cerita, tibalah masa cabutan bertuah. Aku yang tolong-tolong iringi hadiah untuk disampaikan pada orang-orang yang bertuah. Tibalah giliran orang pertama yang dialu-alukan untuk mencabut kertas-kertas. Mula-mula, beliau tarik kertas berwarna kuning, lepas tu kuning, lepas tu kuning lagi. Aku dah mula rasa tak sedap hati dan sampailah ke kertas ke sepuluh pun, beliau cabut kertas warna kuning. Rupa-rupanya, orang yang mencabut tu tulis nama kat kertas kuning.

Bila tiba orang seterusnya, kertas pertama dia cabut warna biru, lepastu biru, dan macam cerita tadi, beliau asyik ambik warna biru je.

Faham tak, apa aku nak sampaikan? In the end, rasanya ada berapa keping je kertas colour pink yang dicabut. Oleh itu, aku yang sibuk pass-pass hadiah ni, berputih matalah sebab tak dapat hadiah cabutan bertuah. Huhu.. Tak bertuah ke, atau dikira kes penganiayaan. Kawan se-praktikal aku pulak mula bad mood satu hari tu gara-gara 'tak bertuah'.


Blog Hilang

Sampai je office, aku saja try bukak blog aku. Tiba-tiba, kat situ tulis, THIS BLOG HAS BEEN REMOVED. Adoi, dahla tak dapat hadiah, blog pun ngada-ngada nak hilangkan diri. Aku tanya dengan supervisor pun, beliau sendiri confuse macam mana blog aku boleh hilang. Dahla aku baru je upload gambar kahwin beliau dalam blog tu. T_T


Masa tengah pening-pening, my big boss (yang asyik cabut kertas warna kuning) tegur, "Dah bungkus kek coklat?" Aku geleng-geleng dan jawab belum. Dengan baik hatinya, beliau bagi satu bungkus kek coklat kat aku. Sejuk sikit hati bila dapat kek yang nampak sedap tu. Hehe.


Begitulah kisah asal-usul pembikinan blog ni. Semoga blog ni bermanfaat untuk manusia lainnya, inshaALLAH. Apa yang baik jadikanlah panduan, yang buruk janganlah diikut.


Firework

Nama Firework ni aku ambik sempena satu lagu yang liriknya sangat bermakna bagi aku, dan boleh menaikkan semangat. Kadang-kadang kita rasa diri kita macam tak best dan tak ada apa-apa. Tapi sebenarnya, setiap daripada kita ada sesuatu yang bergemerlapan, dan kita cuma perlu kenalpasti apa benda tu, dan keluarkannya.


So, come on let you colours burst. Make them go 'oh-oh-oh'. :)

~Sedang cuba menggilap bakat menulis. Silalah beri komen membina untuk cerita-cerita yang saya tulis ni ok : Pelangi Hati Fatihah and Cerita Cinta

~Salam Maulidurrasul. Janganlah kita cuma sibuk berarak pada hari ni saja, tapi bersama-samalah kita cuba menegakkan sunnah Rasulullah dalam diri, keluarga, dan masyarakat.





1 comment: