Tuesday, June 28, 2011

Kisah Dua Kehilangan

Salam.

Baru-baru ni aku dikejutkan dengan berita pemergian sepupu yang aku dah lama sangat tak jumpa. Dia yang aku panggil sebagai Abang Ijal telah pergi untuk selama-lamanya. Waktu Abah call beritahu aku tu aku ada di KL, tapi waktu tu aku perlu teman Mak Usu yang ada appointment di HUKM. Aku memang dah plan untuk spend sikit daripada masa cuti dengan atuk, sepupu-sepupu, dan pakcik makcik aku di Negeri Sembilan. Tapi apakan daya, ALLAH dah tentukan semuanya. Aku tak sempat nak jumpa dengan Abang Ijal. Rasanya dah sebelas tahun aku tak jumpa dia. Kalau sesekali aku singgah Negeri Sembilan dengan Mama pun, Abang Ijal tak ada waktu tu. Tapi dia selalu contact aku masa aku belajar kt MRSM Jasin dulu. Dia pun selalu contact Mama ceritakan tentang dia, tanya khabar, dan macam-macam. Sepanjang kita tak berjumpa, rupanya Abang Ijal pernah join group tabligh, pergi ke sana sini untuk berdakwah. Dia pun sibuk ke sana sini untuk cari seseorang yang lama hilangkan diri. Aku tahu, betapa sedihnya kisah hidup dia. Dan mungkin kesedihan itulah yang membuatkan dia mencari-cari ALLAH. Dia yang aku kenal dari kecik, memang seorang yang penyayang. Nakal tu memang biasa untuk budak-budak, tapi ALLAH yang lebih mengetahui hati setiap hambaNYA. Dia ada hati yang lembut, penyayang dan cepat kesiankan orang. Ya ALLAH, izinkanlah aku untuk bertemu dia di syurga nanti. Semoga dia ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang diredhai. Amiin.

Pagi ni pulak, aku dikejutkan lagi dengan berita tentang seorang Pembantu Am di office aku yang baru meninggal dunia. Taufik, hari pertama dia di office, dia dah diamanahkan untuk baca tafsir Quran dalam program membudayakan al-Quran. Memang setiap pagi di office kerajaan negeri Johor diwajibkan untuk bersama-sama membaca al-Quran dan maknanya, bacaan hadith, dan tazkirah. Aku lebih mengenalinya waktu aku dan Yana sibuk untuk bungkus hadiah sempena sambutan MaulidurRasul di office. Dia datang dan offer untuk tolong kami balut hadiah. Aku tak sangka, lelaki macam dia boleh balut dengan cepat dan cantik. Masa tu dia dah cerita macam-macam jugak kat kami. Entah kenapa, aku rasa ada hikmah besar dia terpilih untuk masuk bekerja kat office tu. Aku tahu walau apa pun yang dia cerita, dia ada hati yang baik, dan entah kenapa jugak, dalam hati aku doakan dia supaya sentiasa dapat hidayah ALLAH. Ada sesetengah orang nampak macam terhormat, bersih, terpelihara, tapi susah sangat nak hulurkan bantuan. Bantuan tak semestinya dalam bentuk material, tapi boleh bantu dengan tenaga, boleh bantu dengan menceriakan orang lain, menyenangkan hati orang. Pernah dengar kan kisah perempuan yang ahli ibadah tapi masuk neraka sebab dia pernah siksa kucing sewaktu hayatnya. Ada perempuan pelacur yang masuk syurga sebab dia pernah tolong seekor anjing. Betapa pentingnya untuk kita jaga keikhlasan hati kita, tak boleh sesekali sombong dengan apa yang kita ada dan siapa diri kita, kerana hakikatnya ALLAH yang lebih mengetahui.

Setiap hari, Taufik akan bergurau dan berlakon seolah-olah aku ni girlfriend dia. Kalau datang tempat aku, mesti dia cakap, "Sampai hati you curang dengan I. Sampai hati you ada orang lain." Kadang-kadang bila malas nak layan, aku pun cakap dengan dia, " Taufik, janganlah asyik ulang drama tu."

Bila Taufik lalu je, aku selalu dengar satu lagu ni, macam best pulak muzik dia. Dia pun selalu nyanyi lagu tu. So aku pun mintak dia bluetooth lagu tu kat aku. Selalu jugak aku dengar lagu tu kat phone aku sampai semalam. Dan hari ni aku baru tahu yang Taufik dah tak ada. Aku baru kenal dia tahun ni, tapi rasa macam dia tu kawan lama ataupun adik, sebab dia lebih muda beberapa tahun daripada aku. Pernah sekali masa Mama cuti dan dapat hantar aku ke office, aku nampak dia kat bus stop. Aku yang dalam kereta tu excited beritahu Mama, " Tu kawan Najlaa yang kat bus stop tu!"

Banyak kali Taufik mintak phone number aku, tapi aku tak pernah bagi. Aku tahu dia baik, tapi aku sekadar berhati-hati sebab dah banyak benda jadi dalam hidup ni. Haritu masa singgah office, aku tak sempat nak bercakap dengan Taufik sangat. Aku harap, KakYan pun tabah hadapi kehilangan ni. Semoga kau tenang di sana, semoga tergolong dalam golongan yang ALLAH redha. inshaALLAH. amiin.

Dua orang yang berbeza, seorang sepupu yang aku dah lama sangat tak jumpa, yang ada cuma kenangan sebelas tahun dulu. Kami lost contact lepas aku tukar phone number. Sorang lagi orang yang baru aku kenal, tapi masih teringat semua gurauannya. Seorang abang sepupu, dan seorang yang aku anggap macam adik. Sekarang aku cuma mampu kirimkan doa-doa untuk Abang Ijal dan Taufik.

Dua kisah ni buatkan aku sedar betapa pentingnya erti menghargai. Pandanglah kebaikan yang ada pada diri setiap orang yang kita jumpa, sama ada yang sudah lama mahupun yang baru kita kenal.



Lagu yang aku ambil daripada Taufik.


CerPan : Sweet Stalker (Part 1)

Salam. Memperkenalkan, segmen Cerita Panjang ataupun CerPan. Tak boleh nak kata cerpen, sebab lebih panjang daripada cerpen. Hehe. Dah lama tak berkesempatan nak menulis. Jemputlah baca. Kalau ada nak tegur, kritik, komen, silalah. Jangan segan, jangan takut. Ok, CerPan kali ni bertajuk Sweet Stalker. Selamat Membaca! :)


Sweet Stalker

Seluruh tubuh terasa lesu setelah seharian aku cuba menenangkan salah seorang pesakit buah pinggang di Pusat Rawatan Hikmah. Sudahlah tak dipedulikan anak-anak, makcik tersebut terpaksa pula berjuang melawan penyakit ini. Memang orang yang menghidap sakit buah pinggang ni perlukan ketabahan dan semangat yang kuat. Ada ramai pesakit yang terpaksa berhenti kerja kerana kebanyakan masa dihabiskan untuk dialisis dan kepenatan selepas dialisis demi dialisis. Beberapa kali aku terkuap-kuap menahan rasa mengantuk. Selalunya waktu cuti semester ini memang aku peruntukkan masa untuk menjadi sukarelawan di situ. Bas terus meluncur laju dan mata penatku masih mampu melihat pemandangan Selat Tebrau dari sisi tingkap. Akhirnya bas berhenti di hadapan Danga Bay.

“Terima kasih pakcik”, ucapku pada konduktor sebelum kakiku menuruni tangga bas. Konduktor bas yang aku kenali sebagai Pakcik Man tersenyum sambil berpesan kepadaku supaya berhati-hati. Memang itu pesannya setiap kali melihatku turun di sini. Sememangnya aku suka ke sini andai ada sesuatu yang mengganggu fikiranku. Aku senang di sini untuk menenangkan fikiran sambil melihat laut.


Aku tersenyum sendiri saat melihat sepasang kekasih yang sedang asyik berbual. Seketika aku teringatkan dia yang sudah lama hilang dari hidupku. Dia yang pernah hadir menjadi seseorang yang terlalu dekat dengan hatiku, dan kini seperti orang asing bagiku. Hanya Tuhan yang tahu betapa susahnya untuk aku usir satu nama itu. Dan kesannya kini, betapa sukarnya membina rasa yakin bahawa ada lelaki yang tulus menyintai dan sedia setia padaku. ‘ Semoga satu hari nanti ALLAH akan temukan aku dengan lelaki yang seperti itu; sangat menyintaiku dan sentiasa setia.’ Bisik hatiku penuh harap. Ya, aku yakin dengan sifat ALLAH Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Mengasihani. Lalu aku cuba mengukir senyum agar ketabahan dan kekuatan itu memenuhi jiwaku.

Lagu Starlight Tears dari handphoneku berbunyi. Mesej daripada Celcom rupanya, getus hatiku sendiri. Saat itu juga aku terlihat satu kad berwarna merah yang diselitkan di grill rumahku.

‘Ayu.

Dalam dirimu penuh kelembutan,
Semakin hari makin rinduku padamu.
Tanpamu ku sayu.
Terkenang kembali saat pertemuan dulu.

Ayunya senyuman,
Ayunya wajah.’

First time dalm hidup saya jumpa orang yang ada pureness ayu macam awak.

From,
sweetStalker.


Aku ketawa sendiri membaca tulisan dalam kad itu. Sweet stalker? Sweettalker adalah! Masuk yang ini, dah lima kali aku dapat kad daripada Sweet talker ni.


“Waah, cantiknya lukisan ni.. Boleh lukis muka saya ke?” suara itu memadamkan ingatanku untuk dia yang sudah jauh. Aku menoleh dan memandang kearah seorang wanita berusia lingkungan 20-an menegur sorang lelaki yang sedang asyik melukis. Lelaki itu duduk di bangku yang dipisahkan dua langkah daripada tempat dudukku. Lelaki muda yang kelihatan seperti berdarah campuran Latin itu tersenyum padaku sebelum dia menjawab pertanyaan gadis itu. Butir bicaranya tidak dapat aku dengari, lalu aku bangun dari tempat dudukku dan berjalan menuju ke arah tempat penyewaan basikal. Malunya aku kalau dilihat macam orang yang asyik melayan perasaan. Duduk sendiri, termenung menghadap laut.

Saat berjalan, tiba-tiba aku teringatkan lelaki tadi. Bukan kerana senyumnya itu, tetapi wajah itu seperti tidak asing bagiku.


“Assalamualaikum,” tegur satu suara di belakangku. Lamunanku terhenti lagi untuk yang kedua kalinya.

“Waalaikumussalamwarahmatullah,”ucapku perlahan, menyedari kewajipan menjawab salam. Lelaki yang baru bermain di fikiranku sudah muncul di depan mata.

“Awak ingat saya lagi tak? Kita pernah duduk sebelah masa dalam bas.” tanyanya padaku. Oh, rupanya dia lelaki yang pernah aku jumpa dalam bas, aku terpaksa duduk di sebelahnya kerana itu saja seat yang kosong.

“Saya tanya awak kat mana City Square.” Ya, aku sudah teringat peristiwa yang sudah setahun berlalu itu. Tajamnya ingatan lelaki ini, sedangkan begitu susah untuk aku cuba mengenali dirinya. Waktu itu kebetulan aku juga mahu turun di City Square untuk berjumpa dengan Fazila, teman zaman sekolahku dulu. Aku teringat juga betapa Fazila beria-ia mengatakan wajah lelaki itu terlalu mirip dengan salah satu watak dalam drama bersiri Mexico Rosalinda. Kalau tak silap aku, dalam cerita Rosalinda, pelakon tu dipanggil dengan nama Alex. Aku pun tak berapa ingat, sebab aku lebih fokus dengan pelakon lelaki utamanya, Fernando Jose.

“Ingat.. Sebenarnya baru je ingat. Saya ni pelupa sikit. Sorry ye.” Ujarku meminta maaf padanya.

“Saya Firas, haritu tak sempat nak kenalkan nama.”

“Saya Aisyah.” Ucapku pendek.

“Oh, saya ingat nama awak Ayu.” Ujarnya sambil ketawa. Entah apa yang lucu, aku pun tak tahu. Dahla pandai-pandai cakap nama aku Ayu.

"Em, sorry ya sebab saya kena balik sekarang. Ada rezeki kita jumpa lagi." Bimbang jugak aku untuk berbual lama-lama dengannya. Teringat pulak cerita Mama tentang lelaki peramah yang kerjanya menjual perempuan. Muka dahlah macam mix, takut pulak kalau dia culik aku nanti, bisikku sendiri bersangka buruk.


(Bersambung..)






Tuesday, June 21, 2011

Cinta Semanis Puding Caramel

Salam.

Pernah baca tak novel Manisnya Cinta tulisan Anis Ayuni? Kalau pernah baca, mesti familiar dengan perkataan puding caramel, dan volkswagen warna puding caramel. Ala, pasal Ifti Liyana berebut puding caramel dengan Nazmi. Cerita yang sangat romantik, bersahaja, dengan latar tempat yang menarik, dan cerita tentang makanan yang sedap-sedap! :)

Ok, tanpa memanjangkan cerita, kali ni aku nak share resipi puding caramel. Sebelum ni pernah try buat, tapi tak berapa jadi sebab tutup pengukus tak rapat. Alhamdulillah, kali ni jadi dan memuaskan hati. :)


Bahan-bahan :

(Gula Hangus) :
1 cawan gula --> hanguskan di kuali
1 cawan air panas

(Puding)
4 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastard


Cara-cara :

1. Sediakan gula hangus.
2. Sediakan pengukus (make sure berfungsi dengan baik!)
3. Blend telur sehingga kembang, masukkan susu cair dan blend lagi.
4. Masukkan esen vanilla dan tepung kastard, blend lagi.
5. Tuang gula hangus dalam loyang.
6. Tuang adunan puding dalam loyang.
7. Kukus selama 15-20 minit.
8. Tertib! :)



Alhamdulillah, dah siap. Tapi betulke, cinta tu semanis puding caramel? Hihi.


Gambar ihsan Uncle Google~sebab takde camera sendiri nak ambik gambar.

~Dari kecik, memang aku suka sangat kacau mama buat kek, dan senyap-senyap buat kek resipi sendiri. Pernah jugak, daripada nak buat kek, letak yogurt dan macam-macam lagi, jadi bingka.

~Next time, inshaALLAH aku letak pulak tips-tips untuk buat kek yang aku dapat masa pergi kursus kek dan biskut. The do's and dont's in baking cake.



Kek yang dibuat seminggu lepas habis kursus kek~
Chocolate Moist Cake, Black Forest Cake, dan Pandan Layer Cake

Selamat Mencuba!

Saturday, June 18, 2011

ALLAH Knows

Salam.

Sekarang 3.39 am. Tak boleh tidur. Rindu mama. Rindu abah. Rindu adik-adik. Rindu kampung, mak usu dah goda dengan cakap nak buat puding. Suruh balik kampung cepat-cepat. Tapi nak teman housemate kat sini. Huhu.



Oh ya, boleh layan buku baru :)

Tapi sebelum tu layan lagu. Bila kita ada banyak sangat nak bercerita, ALLAH selalu ada untuk dengar kita, dan hakikatnya ALLAH dah tahu pun apa yang jadi kat kita. Lebih hebat sebab DIA tahu apa yang dah pernah berlaku, sedang, dan akan berlaku. Tapi orang kepoh macam aku ni, selalu cakap "Ya ALLAH, walaupun KAU Maha Mengetahui, aku tetap nak mengadu lagi.."

Bercerita tentang kesedihan boleh buat orang bosan, bercerita tentang kelebihan boleh buat orang iri hati. Jadi, yang terbaik ceritakanlah segala-gala pada ALLAH.


Zain Bikha - ALLAH Knows

When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows


No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows


When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows


Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows


~Kalau ada waktu yang tak boleh solat, bolehlah berzikir dan istighfar, walaupun tak sebahagia saat solat dan bersama Quran.

~ALLAH selalu ada. Sweet kan ALLAH? :) Sebenarnya sangat rindu ALLAH. Baca Quran tak sama dengan baca buku apa pun.


Thursday, June 16, 2011

Ustazah Pilihan?


Salam.

Apa khabar? Semoga semua ada dalam keadaan yang baik-baik dan positif selalu, inshaALLAH :) Tajuk post kali ni ialah tentang 'Ustazah Pilihan'.

Siapa pernah dengar pasal rancangan baru yang akan keluar di astro oasis? Yup, rancangan 'Ustazah Pilihan' tu..

Ada beberapa orang kawan aku yang suggestkan untuk aku join rancangan Ustazah Pilihan tu. Aku yang dah lama tak tengok tv, dan setakat baca online paper ni pun, terpinga-pinga sebab tak tahu rancangan apalah agaknya Ustazah Pilihan tu. huhu. Bila tanya Uncle Google, aku tengok ada banyak jugak respon positif, dan tak kurang juga yang negatif terhadap program ni.

Teringat masa dulu-dulu, memang aku jenis yang suka bercakap, suka pertandingan cakap-cakap, dan apa juga yang bercakap-cakap ni. Bila ada apa-apa idea, aku akan ke depan untuk sampaikan idea tu, aku tanya apa yang aku tak faham, dan cuba untuk sampaikan apa yang ingin aku kongsi dengan orang ramai. Kawan-kawan pun cakap, aku ni sesuai ambik mass comm sebenarnya. Dari zaman sekolah, aku selalu tengok kem-kem motivasi yang dikendalikan oleh orang-orang yang nampak hebat-hebat dan berkepimpinan, tapi selalu mengetepikan hal-hal berkait dengan agama. Hal-hal seperti waktu solat, aurat, dan batas-batas lelaki dengan perempuan seakan diremehkan. Aku macam terlalu impikan untuk cuba tunjukkan pada masyarakat, bahawa dengan bawa Islam, kita juga boleh berjaya. Mahu tunjuk pada adik-adik perempuan, bahawa dengan menutup aurat juga boleh selalu kelihatan cantik, boleh bergerak aktif.

Tapi sekarang, ada kawan yang nasihatkan supaya aku jadi low profile. Sebab mungkin ada mata-mata yang memerhati dan mungkin mendengki. Lalu, untuk beberapa waktu rasanya aku jadi 'pendiam'. Diam daripada suarakan apa yang aku rasa, diam daripada sebarang bentuk aktiviti, diam daripada dunia luar. Siksanya menjadi bukan diri sendiri, cuma ALLAH, aku, dan mama yang tahu. Tapi dalam tempoh diamnya aku, banyak jugak yang aku belajar. Aku belajar erti sokongan seorang Mama di saat jatuhnya aku, aku belajar kenal kawan-kawan yang tetap setia bersama, aku belajar bahawa apa pun nikmat yang kita ada adalah milik ALLAH yang bila-bila masa pun boleh diambil semula, aku belajar erti cinta tanpa syarat yang bukan hanya suka saat kita punya segalanya. Walau apapun, yang penting, bagi aku, 'diam' dan 'cuti' aku dah berakhir. Bak kata Aaron Aziz dalam KL Gangster, "Cuti gua dah habis bro!". Aku mahu kembali mengejar cita-citaku, untuk terus bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat. Aku tetap mahu cuba menyampaikan dan berkongsi melalui cara yang aku mampu. Aku mahu mengejar syurga, dan membawa yang lain bersama-sama ke syurga.

Berbalik tentang Ustazah Pilihan, aku sangat-sangat berharap agar muslimah-muslimah yang akan menyertai program tu adalah muslimah yang betul-betul mahu menyampaikan akan indahnya Islam andainya dijadikan sebagai jalan hidup. Semoga bukan glamour di mata manusia yang dicari, tapi glamour di kalangan penduduk langit, glamour kerana ALLAH cinta padanya. Semoga rancangan ini bukan seperti program-program lain, yang katanya mahu ketengahkan gadis yang memelihara ketimuran dan kemelayuannya, tapi ditaja oleh pakaian yang tak menutup aurat sepenuhnya.

Ceramah-ceramah agama selalunya dibuat di mesjid, dan dihadiri oleh orang-orang yang memang sedia mahu kepada agama. Tapi, bagaimana dengan mereka yang masih kurang tertarik untuk aktiviti-aktiviti islami? Sesetengah orang cenderung berdiskusi tentang agama dengan sesama mereka yang sudah selalu mengikuti program-program islamik, jadi siapa yang akan menyampaikan pada mereka yang mungkin selalu sibuk dengan aktiviti-aktiviti kurang sihat? Jadi, inshaALLAH, dengan ada rancangan seperti ini membolehkan mereka untuk mendengar sedikit sebanyak perkongsian daripada peserta-peserta ini. Buktikanlah bahawa Islam bukan seperti apa yang dituduh oleh golongan sekular. Buktikanlah orang yang mengamalkan Islam bukanlah seperti apa yang kita tonton dalam sesetengah drama, bahawa mereka cuma tahu menuduh dan memandang rendah pada orang lain.

Apa pun, bagi aku, setiap orang perlulah berusaha untuk jadi 'Ustazah Pilihan' yang selalu berusaha memperbaiki diri dan membawa orang lain bersama-sama untuk menjadi lebih baik. Selalu perbetulkan niat agar apa pun yang kita buat hanyalah kerana mengharapkan redha ALLAH. Berkawanlah dengan semua, dan bukan dengan golongan tertentu sahaja. Kadang-kadang kita tak sangka, mereka yang nampak kurang baik tu mungkin boleh jadi jauh lebih baik daripada kita. :)

Ustazah Pilihan tengah check email.. :)


Mulakan dengan tunjuk contoh baik pada adik-beradik, sepupu-sepapat, teman rapat, jiran-jiran, dan lain-lain. Jangan malu untuk bawa imej Islam, kerana yang tersendiri itulah yang istimewa :)


~Macam mana aku nak masuk program tu, sedangkan sekarang masih merangkak-rangkak nak hafal buku resipi. hehe.

~Aku nak jadi 'Ustazah Pilihan' di hati Mama. Suatu hari nanti di hati suami, dan hati mak mertua pulak. inshaALLAH. Peace! :)

Monday, June 13, 2011

Jom Baca Quran

Salam.

Sekarang ni dah masuk lebih kurang 12 jam lepas mama bertolak dari JB ke KLIA. Baru sekejap, tapi rindunya ALLAH je yang tau. huhu.

Pesan mama, cepat-cepat khatamkan quran. Haritu plan nak khatamkan sebelum mama bertolak ke sana, tapi nak buat macam mana, hasrat tak kesampaian. Kenapa agaknya bila Ramadhan, dengan mudahnya nak baca satu juz atau lebih, tapi untuk bulan-bulan yang lain, macam merangkak-rangkak je nak habiskan 30 juz ni.

Masa Ramadhan, dengan gigihnya bawak Quran ke sana ke mari. Baca masa tunggu bas, masa tunggu waktu buka, baca dalam kereta pun tak rasa pening. Tapi bila bulan lain, ke sana-sini bawak buku-buku lain untuk dibaca.

Alangkah indahnya kalau al-Quran tu sentiasa dibawa ke mana-mana, dijadikan bahan bacaan setiap masa, dijadikan rujukan dalam setiap perkara, seterusnya melahirkan individu yang berakhlak sepertimana peribadi mukmin yang terukir indah dalam Quran.


Ya, lebih indah kalau baca Quran dengan maknanya. Terasa satu-satu janji ALLAH tentang syurga yang indah, dahsyatnya neraka, tentang kisah perjuangan para Rasul, tentang hebatnya Iskandar Zulqarnain, kisah cinta Nabi Musa dan Safura, janji ALLAH untuk kemenangan Islam, tentang indahnya wajah dan peribadi bidadari syurga untuk lelaki beriman, dan bermacam lagi kisah yang mampu membuat hati kita terasa lebih dekat dengan ALLAH.

Jom semua, jadikan amalan membaca al-Quran budaya kita. Pesanan ni terutama untuk diri sendiri yang selalu malas. Jom buang malas demi redha ALLAH :)


~Merindui anak-anak yang akan selalu mengulang-ulang hafazan ayat-ayat al-Quran yang indah :)

~Ubat hati, ada lima perkaranya... Yang pertama baca quran dan maknanya, Yang kedua solat malam dirikanlah, Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh. Yang keempat perbanyaklah berpuasa, Yang kelima zikir malam berpanjangan :)

~Teringat arwah Yai yang sentiasa bertemankan al-Quran, di bibirnya selalu ada kalimah al-Quran, yang selalu mengajarkan Quran, dan saat-saat hampir penghujung nyawanya juga Yai tertidur di tempat Yai selalu baca Quran.

Saturday, June 4, 2011

Stay Positive In Negative Situations

Salam.


Dear blog and friends,

Today, I am going to write in English, for I want to improve my English writing skills. When talking to a friend, they will hardly corrected your mistakes. Maybe because you speak too fast while gossiping or something kan, or maybe they dont have guts to do that. Haha, actually the main reason I am writing in english today is because i just want to share something from what I read, and most of them are written in english. So, its easier for me to just copy and paste what's written in the article, rather than translating every single things to bahasa melayu.


It's easy for everyone to be positive whenever they are in positive situations, living with positive people. But, what can you do to stay positive even when you had to face negative situations? Ok, so these are the tips for you!


1. Never respond when you are not calm. If you are not sure that you are calm, don’t respond. Take time to calm yourself down first.


2. Take a deep breath as a first step to calm yourself down.

3. Speak in gentle tone to reduce the tension of the situation.

4. Realize that you can find opportunities in negative situations. Albert Einstein said: “In the middle of every difficulty lies opportunity.”

"Surely with difficulty is ease.
With difficulty is surely ease."
(Al-Inshirah : 5 - 6)


5. Look at the content of what people say to you for something positive that you can act upon to improve yourself. Don’t just reject the whole messages.


6. For the rest of the messages which is negative, simply ignore it.


7. Maintain positive view of the people. Maybe you don’t like their messages or behavior, but that doesn’t mean that you can hate them personally.


8. Realize that having negative feelings will just hurt you, not them. So there is no reason for you to have any negative feeling.


9. If you make mistakes, be open to admit it.


10. If you make mistakes, remember this quote by George Bernard Shaw: “A life spent making mistakes is not only more honorable, but more useful than a life spent doing nothing.”


11. If you can, listen to motivational audio program to feed positive thoughts into your mind.

IKIM.fm is a good choice for you, instead of you keep on listening to heartbreaking, sad love songs. hehe.



12. Talk to a positive friend who can encourage you.


Yes, I talked to a positive friend of mine, and I got some inspiring words and advice. Really thank u soo much :)


13. Remember your favorite quotes to give you inspiration and motivation. This is one reason why you should have quote of the day.


e.g.


Never allow obstacles to stop you. Confront and transform them to opportunities.


One of petua awet muda is to stay positive. Then only, you'll look younger than your age :)


14. Look at the negative situations as your training sessions for real life. The higher you climb in life, the worse the negative situations would be, so you’d better be prepared for them.

15. Realize that you can’t please everyone. In fact, nobody can. Sometimes you need to just let some people go. Realizing this will relieve you from a lot of unnecessary burden so that you can focus on the people that you can positively interact with.


I read these tips from here :)




Try to forgive everyone, and keep praying may ALLAH lead them with hidayah and taufiq.



"And whoever is patient and forgiving, these most surely are actions due to courage."
(Ash-Shuraa : 43)



Last, but not least,

True positive thinking is not just saying that everything will be okay, while at the same time we still think about failure. In order to bring beneficial changes and improvement into our life, positive thinking has to become our predominant mental attitude throughout the day. It has to turn into a way of life.


I am Positive, how about you? :)









Rumahku Syurgaku

Rindunyaaa nak ada rumah sendiri. Rindu rumah, rindu bilik sendiri, rindu dapur sendiri. Teringat masa ada rumah, mama n abah tak kisah pun siapa-siapa nak duduk kat rumah. rasanya dah macam-macam orang yang duduk rumah sama ada yang dah kerja ataupun masih study.

Rumah penuh dengan gelak tawa, gurau-gurau sama-sama, main scrabble sama-sama, tengok tv sama-sama. Semua buat sama-sama. Kalau abah kalah scrabble nanti, abah macam dah nak merajuk. mama memang selalu jadi juara. tapi time tu, najlaa budak-budak lagi. sekarang ni dah lama tak main scrabble. huhu.

Rumah, tak ada siapa pun nak hilang rumah. Tak ada siapa pilih nak duduk bercampur dengan macam-macam orang. Tak ada siapa pilih nak mak dia terpaksa tinggal dengan orang sebaya dia.

Rumah, miskin macam mana pun orang tu, sekurang-kurangnya rumah adalah tempat yang kita bebas buat apa-apa. Rumah, kecik macam mana pun tetap akan terasa luas bila penghuninya adalah yang selalu berwajah ceria dan saling memahami, saling menyayangi.

Bahagianya hidup ni, kalau kita semua sentiasa fikir bagaimana nak saling memberi, bagaimana nak saling membahagiakan.

Ujian hebat untuk orang yang hebat. Namun, pasti ada satu hari saat kaki terasa terlalu lemah untuk berdiri. Yang pasti, macam mana lemah pun, perlu berusaha untuk melangkah, biarpun payah.

Rumahku Syurgaku. Aku rindu.

Thursday, June 2, 2011

Bahagia Itu Ada Di Sana

Salam.



Kadang-kadang hidup terasa terlalu meletihkan. Jadi, tak salah untuk berehat sekejap, stop fikir banyak-banyak sangat benda. Then, bangun semula dan fokus untuk kejar cita-cita dan impian. Yang penting, buang jauh-jauh perkataan 'give up' dalam hidup.


Yes, bila rasa diri tu macam 'slow' sikit daripada selalu, mungkin inilah masa untuk clean up mind kita daripada benda-benda tak perlu, dan terus buat defragmentation.


How to clean up and defrag your mind? InshaALLAH akan dikongsi dalam entry seterusnya. :)



Yes yakinlah bahagia itu ada di sana :)




Ok semua, take care. :)