Friday, July 29, 2011

Ramadhan Datang Lagi!

Salam.

Apa khabar semua? Macam mana agaknya persediaan untuk menyambut Ramadhan yang bakal tiba? Atau mungkin kita lebih sibuk memikirkan baju-baju yang akan dipakai masa raya nanti?

Bila sebut tentang Ramadhan, aku pun teringat seronoknya time meronda satu bazar UTM, sebab time tulaa boleh jumpa dengan kawan-kawan dari fakulti lain. Dan aku pun akan jadi rambang mata sebab banyak sangat pilihan makanan yang sedap-sedap. Puding caramel, samosa, nasi kerabu, nasi goreng dua ringgit tapi sedap, bermacam-macam puding, dan banyak lagi. Tapi nampaknya tahun ni bazar UTM dah tak ada sebab waktu cuti dah dianjak jadi lebih panjang. Tahun ni aku terpaksa berbelanja di bazar tempat orang kaya-kaya yang harga memang mahal-mahal. Huhu. So, backup plan adalah, lebihkan masak daripada beli :) InshaALLAH :)

Tapi hakikatnya, bukan itu keseronokan yang ALLAH janjikan masa Ramadhan. Ada banyak sangat bonus yang ALLAH offer dalam bulan ni, cuma semua tu terpulang pada kita nak dapatkannya ataupun lepaskan offer yang ALLAH dah bagi. Jom tanya diri sendiri, adakah kita nak jadi orang yang setakat menahan lapar dan dahaga, atau orang yang berpuasa dengan penuh keimanan serta memanfaatkan masa sebulan Ramadhan untuk mendapatkan semua kelebihan yang ada di dalamnya?

Ok, jom kita tengok apa amalan sunnah Rasulullah yang boleh kita buat sepanjang Ramadhan. Jangan lepaskan peluang keemasan yang datang setahun sekali je ni. Tahun depan belum tentu kita dapat jumpa dengan Ramadhan.


1. Bersahur

Bersahur adalah amalan sunnah dan amat digalakkan. Sahur merupakan pembeza antara puasa Muslim dan puasa Yahudi.

"Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan."
(Riwayat al-Bukhari no. 1923 dan Muslim no. 1095)

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar."
(Riwayat Abu Daud, ibn Hibban dan baihaqi)


2. Niat puasa

Yang ni penting! Tanpa niat, puasa kita cuma dapat kurang berat badan je, tapi tak ada makna pun. Bermulanya waktu niat puasa fardhu adalah setelah masuk waktu solat maghrib dan berakhir ketika azan Subuh.


3. Solat

Sepanjang hari berpuasa dalam bulan Ramadhan, jom kita sama-sama jaga solat berjemaah di samping memperbanyak solat sunat.


4. Membaca al-Quran

Usahakanlah untuk khatamkan satu quran dalam bulan Ramadhan ni. Caranya mudah je, mesti target untuk khatamkan satu juz setiap hari. Selagi tak habis satu juz, jangan bagi diri sendiri untuk tidur. Hehe. Orang lelaki lebih senang, sebab inshaALLAH boleh target satu juz sehari. Tapi buat perempuan, adalah dinasihatkan untuk target dua juz sehari, sebab mungkin bilangan hari berpuasa kita tak sama dengan lelaki. Benda ni jadi mudah kalau kita sentiasa bawak Quran bersama. Sambil tunggu bas, boleh baca Quran, tunggu lecturer masuk boleh baca sikit, sambil tunggu kawan bersiap nak ke bazar pun boleh baca. Jadikanlah al-Quran sentiasa di sisi anda :) Bila kita sibuk dengan target untuk habiskan satu juz, inshaALLAH hati dan mind kita tak sibuk menerawang ke mana-mana yang boleh kurangkan pahala puasa.


5. Sedekah

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. adalah manuia yang paling dermawan. Sifat dermawan baginda amat terserlah pada bulan Ramadhan. Baginda s.a.w. ditemui Jibrail setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu baginda bertadarus al-Quran dengannya. Rasulullah s.a.w memiliki sifat dermawan pada kebaikan lebih daripada angin yang berhembus.
(Riwayat al-Bukhari no. 5 dan Muslim no. 4268)

Ini pun kita boleh buat target ikut kemampuan kita. Mungkin boleh letak seringgit satu hari, boleh lebih atau kurang. Yang penting adalah ikhlas, untuk bantu mereka yang memerlukan dan mengharapkan redha ALLAH :)


6. Memberi makanan kepada orang untuk berbuka puasa

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut."
(Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)

Sesekali, belikanlah makanan berbuka untuk housemate, atau mungkin boleh masakkan lauk berbuka untuk family.
Aman Palestin pun ada projek untuk mereka yang bermurah hati nak bagi orang Palestin makanan berbuka. Boleh klik sini : http://amanpalestin.net/salam.php?kategori=projek_ramadhan


7. Segerakan berbuka

Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Umatku sentiasa dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan mengakhirkan sahur." (Riwayat Ahmad n0. 20350)

~Yang ni, inshaALLAH mudah je, sebab semua orang memang tak sabar nak buka kan. Hehe.


8. Sunat berbuka dengan kurma

Hadith Rasulullah s.a.w. daripada Anas bin Malik r.a. : "Rasulullah s.a.w. pernah berbuka dengan rutab (kurma basah) sebelum splat. Kalau tidak ada rutab, maka Baginda memakan tamar (kurma kering) dan kalau tidak ada tamar, maka baginda meminum air, seteguk demi seteguk." (Riwayat Abu Daud no. 2356, al-Dar Qutni no. 240)


9. Solat sunat tarawih

Solat ini special sebab cuma ada dalam bulan Ramadhan je. Bilangan rakaatnya adalah tidak terbatas selagi termampu. Ada pendapat yang menyatakan 41, 39, 29, 23, 13, dan 11. Semestinya rakaat yang lebih banyak berserta keikhlasan adalah yang terbaik. :)

Jom kita cuba untuk solat tarawih berjemaah setiap malam. Kalau ada kesukaran untuk ke mesjid, boleh juga bertarawih di rumah :) Biasanya kat mesjid area rumah aku ni buat 23 rakaat je. Teringat masa kecik ikut arwah uwan pergi solat tarawih dan menangis masa sujud sebab dah mengantuk. Huhu.


10. Iktikaf

Ibn Umar r.a. meriwayatkan : "Rasulullah s.a.w. beriktikaf pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan." (Riwayat al-Bukhari no. 1885)

Ustaz Syed Mohd. Fadzli al-Yamani ni cakap, pakej termahal pada musim Ramadhan ialah iktikaf pada akhirnya sambil menghidupkan dengan amalan seperti solat, membaca al-Quran, berdoa, beristighfar, berzikir, dan apa-apa sahaja bentuk amalan soleh.

Aisyah r.ha berkata,
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk 10 hari terakhir Ramadhan (dengan amal ibadah) dan mengejutkan ahli keluarga." (Riwayat al-Bukhari)

Dan dalam 10 malam terakhir ni, ALLAH dah janjikan lailatulqadar, di mana malam ini adalah lebih baik daripada seribu bulan. Jom berlumba-lumba kejar redha ALLAH! :)


11. Jauhi dosa dan maksiat

Sesungguhnya limpahan rahmat, berkat, dan keampunan dosa dalam bulan Ramadhan tidak terkira. Jadi, awasi dan berusaha menegah diri daripada segala dosa dan maksiat zahir dan batin sepanjang melayari bahtera Ramadhan kerana ujian keimanan tidak kenal erti penat lelah.

~Untuk yang rajin online, jom sama-sama restrictkan apa yang kita boleh tengok dan tak boleh. Dalam dunia tanpa sempadan yang semuanya ada di hujung jari ni, senang juga kita nak dapat dosa dengan satu kali klik je.


12. Cari ilmu.

Lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu asas puasa seperti rukun, syarat sah dan syarat wajib puasa serta perkara-perkara yang merosakkan puasa. Kejahilan tentang ilmu tersebut boleh menjejaskan penerimaan puasa seseorang.

Ramadhan adalah sebuah sekolah untuk menjadikan umat ini hamba yang taat lagi patuh serta menanamkan akhlak yang mulia. Dan paling penting maksud puasa ialah membuahkan sifat taqwa yang merupakan sumber kejayaan di dunia dan sebaik-baik bekalan di akhirat. :)

Kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna.



~Untuk menyambut Ramadhan yang bakal tiba ni, adalah amat digalakkan untuk membeli majalah Solusi isu ke-34 ni. Banyak artikel dan fakta menarik berkenaan Ramadhan. Ada jugak proposal Ramadhan, agenda ibadah seharian, dan jadual checklist Ramadhan. Kalau tak pun, boleh buat jadual checklist sendiri, untuk kita make sure kita dpat capai target Ramadhan ni. :)

~Sumber : Fiqah amali, majalah Solusi keluaran ke-34.



Salam Ramadhan ya semua!

Tuesday, July 19, 2011

Tanpa Suara

Tanpa suara
ada rasa yang indah

Tanpa kata
aku mahu setia

Tanpa bahasa
ku nikmati sejuta bahagia
bagaikan tenggelam segala derita

Biarlah tanpa suara,
tanpa kata, tanpa bahasa
walau tak pernah bersua
kerana masanya belum tiba
untuk aku berbicara
cerita tentang kita

Rasa itu biarlah hingga hujung nyawa
Sampai ketemu semula di syurga

Semoga setia ini berbalas setia
Semoga setia ini atas petunjukNYA
Semoga setia ini sentiasa dalam redhaNYA


Monday, July 18, 2011

A Sharing ~ Tarbiyyah and Dakwah


Assalamualaikum untuk blog tersayang dan pembaca :)


Semalam, lepas buka puasa, aku bersiap-siap untuk ke Monash University untuk dengar talk daripada Prof Dr Mohamed Hisham Sakr yang datang dari Egypt. Dah siap solat semua tu, akak naqibah aku ambik bersama zaujnya (the husband). Subhanallah, tak sangka Kaklin dah melangkah ke alam baitulmuslim. Sebenarnya kesian, sebab Kaklin cakap her husband ada oncall dari hari ahad tu, dan baru balik rumah pukul 5 petang semalam. Lepastu terus siap-siap untuk ke Monash U dan ambik aku sekali kat rumah. Penatnya jadi doktor ni kan. Kaklin pun mengajar kat sekolah, sambil buat masters, dan sekarang dah pegang tugas sebagai isteri. Semoga ALLAH berikan syurga tertinggi untuk Kaklin dan husband, inshaALLAH.

Ceramah ni bertajuk Pengalaman Gerakan Islam dalam Menangani Arus Perubahan.

Ok, sesi sharing kali ni adalah dalam Bahasa Inggeris sebab malas nak translate ke Bahasa Melayu pulak. Inilah yang dapat aku tulis, sebagai peringatan untuk diri sendiri dan yang lain. :)


First of all, he talked about the revolution which happened in Egypt, Libya, Syria, dan Yemen. He asked us, what is the cause of every failure in islamic movement? Is it because of our aqidah, or ibadah, economic, or politic? The answer is, we have to apply Islam in all of the aspects in our life, because Islam is syumul, which means Islam covers all activities of life whether in economic, politic, jihad, amar makruf nahi munkar, education, the way we think and act, and etc.

Wr can't be selective in dealing with islam - we must believe and follow the whole of Islam. American knows that they can't make moslem leave Islam, so they started to manipulate us unconsciously with secularism. The same thing goes to what they do to the church in Europe. Secularism means to keep Islam only at mosque and not applying it in every aspects in life.

In France, the Buddhist and the Jews said, they don't hate Islam. But, Islam should dissolved in socities of France. Yes, moslem can pray, but do it at home. And hijab is not allowed when your kids go to school.

Now, our main challenge is to completely understand Islam. And we have to spread dakwah, because it is faridhah. Faridhah means a must, and ALLAH will punish us if we don't do this - Amar Ma'ruf Nahi Munkar.

Therefore, we must have a very strong tarbiyyah to know Islam clearly. At the same time, we have to be a good moslem and make dakwah to others. Of course, we must complete ourselves with good akhlak, and etc. It is not enough to be good and just keep it to ourselves. We pray, read Quran, but never care to share with others.

Now, let's ask ourselves - what did we do for ummah?

We have to be active, positive people in society. When we just go to mosque but no doing dakwah, it is not Islam. It is just a part of Islam. So keep asking ourselves, what we are going to do for Islam. When we are in university or at work, do we teach people about Islam? Did we try to get to know others?

O ye who believe! Shall I show you a commerce that will save you from a painful doom?
Ye should believe in Allah and His messenger, and should strive for the cause of Allah with your wealth and your lives. That is better for you, if ye did but know.
(As-Saaf : 10-11)

We must spend our time, money, effort for ALLAH. Doing dakwah is faridhah, so we must give our daily effort. It is very important for us to devote ourselves in a very good tarbiyyah and doing it seriously. At the same time, we must give dakwah and work day and night for Islam. Those non-moslem work night and day to win over Islam. So can we just sleep all the time if we want to bring back the victory of Islam? And we can't walk alone in order to get back our khilafah. We must work together in a jemaah, a well organized big group. We must aim to for syaheed or the victory.

Lo! Allah hath bought from the believers their lives and their wealth because the Garden will be theirs: they shall fight in the way of Allah and shall slay and be slain. It is a promise which is binding on Him in the Torah and the Gospel and the Qur'an. Who fulfilleth His covenant better than Allah? Rejoice then in your bargain that ye have made, for that is the supreme triumph.
(Al-Tawba : 111)

We must prepare for the question in Yaumul Qiyamah - When ALLAH will ask, what have we done for Islam. If we continuously doing this daily work, inshaALLAH, we will succeed, in this world, and to enter the Firdaus al-A'laa (the best place in paradise)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam hidup yang penuh dengan ujian, cabaran, dan godaan ni, pilihlah jalan hidup berjemaah supaya ada yang mengingatkan saat kita lupa, yang menguatkan saat kita rasa lemah. Yakinlah bila kita tolong agama ALLAH, ALLAH akan tolong kita. Sekiranya kita orang yang bijak, kita tak akan lokek untuk korbankan masa, tenaga, material, semampu kita kerana alam akhirat itu yang kekal abadi. ALLAH tak perlukan kita sebab ALLAH lebih berkuasa, jadi sebenarnya pilihan kita untuk berjuang untuk Islam itu adalah untuk diri kita sendiri. Individu-individu yang lahir daripada alam tarbiyyah adalah individu yang kuat jiwa berserta ketahanan mental, yang membolehkan dia untuk berhadapan dengan 1001 ujian di dunia. Dalam alam rumahtangga pulak, bayangkanlah betapa sejuknya hati kita andai punyai pasangan yang lembut hatinya kerana selalu disiram dengan ayat-ayat ALLAH dan majlis-majlis ilmu yang dipenuhi oleh para malaikat. Tak mahu ke kita seorang suami yang tahu hukum, lalu dia menjadi ketua keluarga yang benar-benar bertanggungjawab untuk kebahagiaan dunia dan akhirat? Tak mahu ke kita seorang isteri yang sentiasa berusaha untuk menyenangkan hati suami, menjadi pendidik yang baik untuk mencorakkan anak yang soleh solehah? Tanpa tarbiyyah yang berterusan, dikhuatiri semua ni hanya jadi sekadar hangat-hangat tahi ayam. Bahagia di awal perkahwinan, dan goyah di pertengahan, lalu tak tahu apa jadi di penghujung cerita.

(Tapi, mesti selalu ingat, tujuan utama tarbiyyah adalah kerana ALLAH. Ini sekadar nak sampaikan betapa penting untuk dapatkan pasangan yang punyai tarbiyyah, atau pasangan yang sedia untuk bersama-sama dalam suasana tarbiyyah)

Memang mudah untuk pilih jadi orang baik yang biasa-biasa - tanpa perlu konsisten belajar dan menyampaikan. Tapi sampai bila kita boleh yakin bahawa iman di dada kita akan sentiasa konsisten?

Dan sesungguhnya tak ada kata yang boleh gambarkan betapa bahagianya bila kita berkumpul dan berpisah kerana ALLAH. Semua bersahabat semata-mata kerana ALLAH, bukan kerana rupa, pangkat, darjat, mahupun harta.


~Semoga ALLAH bantu kita untuk terus komited atas jalan tarbiyyah dan dakwah, inshaALLAH.

~excited, nak buat homemade burger dengan macaroon tomorrow! :)

~Aku adalah orang yang masih merangkak, masih lemah, masih terjatuh-jatuh lagi. Doakanlah juga agar aku terus tetap atas jalan ini. Semoga sahabat-sahabat lain juga tak putus asa dalam memimpin tangan ini.

~Aku budak nakal, yang nak jadi baik, nak perbaiki diri. Bantulah aku ya ALLAH. Bantulah kami ya ALLAH.



Sunday, July 17, 2011

The Shawshank Redemption

Salam.

Ok, by the time aku tulis entry ni, aku dah berjaya habiskan satu movie yang best. In fact, aku rasa memang the best movie yang aku dah pernah tengok.

Cerita tentang seorang banker yang dipenjarakan sebab dituduh bunuh isteri dan juga 'skandal' isterinya. Nama lelaki ni Andy Durfresne, seorang yang sangat bijak, suka membaca, dan tak pernah berputus asa. Lelaki yang boleh survive dalam keadaan yang penuh tekanan, terkurung, jauh daripada dunia luar yang penuh kebebasan dan kemudahan.

Oleh sebab malas nak tulis review cerita ni panjang-panjang, anda bolehlah lawati ke link ini untuk dapat tahu plot ceritanya ok : The Shawshank Redemption :)

The Shawshank Redemption 1994


Apa yang penting, cerita ni memberitahu aku betapa pentingnya kebijaksanaan, ilmu, persahabatan, dan keyakinan kita dalam setiap perkara.


Satu kata-kata Andy yang sangat aku suka lepas dia on muzik kuat-kuat bagi semua prisoner dan warden penjara dengar,

So u don't forget that there are places in the world
that aren't made out of stone,
that there's something inside that they can't get to
that they can't touch..

Lepas tu kawan dia, Red tanya : Apa benda tu? (in englishlaa)

Andy pun jawab : Hope.


Yup, HOPE. Sama konsep dengan apa yang mama aku selalu beritahu. Sekuat mana pun sakit kita, inshaALLAH kita kuat dan boleh lawan sakit tu dengan kekuatan semangat dan keyakinan kita. Bila kita pegang yang kita sentiasa ada HOPE, sebab tiada apa yang mustahil bagi ALLAH, inshaALLAH kita selalu kuat. Sama ada sakit kanser, sakit yang doktor tak boleh detect, semuanya boleh diatasi dengan kekuatan semangat. Tambah lagi, kita ada doa sebagai senjata kan. Dalam berusaha, kita berdoa, dan dengan penuh harap dan yakin ALLAH akan bantu kita. :)

Ok, balik pada cerita tadi, akhirnya Andy berjaya jugak lepaskan diri cuma dengan berbekalkan satu hammer dan poster Raquel Welch yang tertampal kat tempat tidur Andy. Andy akhirnya teruskan hidup di Zihuatanejo, Mexico.




Red, kawan baik Andy pulak keluar dengan penuh rasa takut dan tak yakin yang dia boleh survive kat luar. Sebab dia dah hidup 40 tahun dalam penjara tu dan dah terbiasa dalam ruang penjara yang tertutup tu. Yelah, bagi dia apalah kerja yang dia boleh dapat kalau dah ada cop 'banduan' kan? Dia selalu fikir nak bunuh diri, tapi dia tangguhkan niat tu sebab teringat janji dia untuk cari sesuatu yang Andy dah tanamkan untuk dia. Bila sampai je tempat tu, rupa-rupanya ada surat daripada Andy untuk dia. Andy offer dia untuk datang ke Zihuatanejo dan bekerja dengan dia kat sana.

Lagi satu ayat Andy yang aku suka dalam surat tu :

Hope is a good thing, maybe the best of things.


Akhirnyaaaa, Red dengan penuh harapan dan optimisnya, terus cari Andy dan diorang pun jumpa kat Zihuatanejo. :)

Jejak Kasih ;)


Apa pun, aku nak ambik kesempatan ni untuk ucapkan infinity terima kasih untuk seseorang yang sudi poskan beberapa movie yang buat aku rasa lebih yakin untuk terus melangkah ke depan, dan buku 1 Litre Of Tears yang juga tentang ketabahan n kekuatan semangat seorang perempuan dalam melawan sakit. Saya hargai sangat-sangat-sangat. :) No words can describe how much I could thank you.


~Patutlah cerita ni best sangat, rupanya cerita ni based on novel tulisan Stephen King.

~Dah faham betapa pentingnya nilai persahabatan untuk seseorang, dan inshaALLAH tak akan rosakkan persahabatan sesiapa pun. I'm happy when you're happy. That's how friends should be kan.. :)

~Kadang-kadang tanpa sedar minda kita dah dijajah dengan ideologi-ideologi tertentu sampai kita dah rasa selesa dan tak sedia untuk ubah pemikiran kita. Tak salah untuk kita buat perubahan asalkan benda tu boleh bawa kita ke arah yang lebih positif. :)


Take care, be happy, be positive, inshaALLAH :)

Thursday, July 14, 2011

Kerana Indahnya Rupa


Salam.

Hari ni tiba-tiba rasa terpanggil nak tulis entry tentang cari pasangan hidup ni. Hehe. Aku selalu berbual tentang kehidupan ni dengan Mama, dan tak terkecuali tentang hal nikah kahwin ni.

Sangat mengerikan bila kita tengok keadaan masyarakat hari ni, dengan kadar perceraian yang semakin meningkat, dan bertambah juga kelompok mereka yang mahu terus kekal dengan status 'single'. Yelah, bila melihatkan ramai teman-teman lain yang melayari bahtera rumahtangga, tapi karam di tengah lautan, masing-masing pun mula mempersoalkan di mana relevannya hal nikah kahwin ni, sedangkan ramai yang mula merasa boleh berdiri atas kaki sendiri meskipun tanpa pasangan yang berlainan jantina. Kadang-kadang perempuan merasakan lelaki sekadar orang yang mengongkong kehidupan, suka mengarah dan marah-marah. Lelaki pulak merasakan perempuan ni cuma makhluk yang suka habiskan duit, meleter, dan mereka dah tak nampak adanya istilah 'rumahku syurgaku'.

Tapi betullah tu. Kalau dulu aku cuma nampak ramai suami yang menduakan (atau mentiga, mengempatkan) isteri, entah kenapa sekarang ni dah ramai jugak isteri yang berlaku curang dengan suami. Dah banyak jugak cerita tentang suami orang dan isteri orang bercinta di office. Ada isteri orang yang mula terkenangkan kekasih lama, lalu tanpa rasa berdosa terus terpedaya dengan janji manis kekasih yang bukan suami. Na'udzubillahhimindzalik. Kami berlindung dengan nama ALLAH daripada perkara-perkara macamtu.

Bila berlaku macamtu, kadang-kadang orang akan cakap, oh patutlah, isteri dia cantik. Ada seorang makcik yang beritahu aku, itulah akibatnya bila cinta lantaran rupa yang cantik. Akhirnya, kecantikan rupa itulah yang memusnahkan jiwa sendiri. Akhirnya isteri yang dipilih kerana cantik itulah yang berlaku curang saat bertemu cinta yang lain. Bila cinta itu adalah kerana indahnya rupa, dan bukan kerana indahnya agama, bersedialah untuk berdepan dengan risikonya.



Antara masalah yang boleh dihadapi bila mendapat pasangan yang cantik / handsome :

1. Mahu sentiasa kelihatan cantik di khalayak ramai, dan bukan untuk kelihatan cantik di hadapan pasangan yang halal untuknya - pakai segala macam masker di muka bila depan suami, tapi bila keluar rumah pakai makeup tebal-tebal. Suami pun berfikir-fikir, cantiknya isteri itu untuk dia ataupun lelaki lain?

2. Ego - Dia tak peduli pun kalau mungkin mengecilkan hati suami / isteri, sebab baginya satu pergi sepuluh yang datang. Paling bahaya bila suami dah jadi bagai lembu dicucuk hidung yang mengikut semua kemahuan isteri lantaran terlalu memuja kecantikan isteri.

3. Banyak godaan yang datang dan tak ditepis dengan iman dan ilmu. Suasana romantis dalam rumahtangga semakin hambar seiring dengan usia yang bertambah. Namun isteri yang masih cantik ini didatangi godaan daripada lelaki lain yang dilihatnya lebih daripada suaminya. Sedangkan dia terlupa bahawa hakikatnya syaitan yang berperanan mengindahkan wajah lelaki / perempuan yang bukan suami / isteri sendiri.

4. Masalah jiwa - orang cantik selalu tak boleh tahan bila nampak orang lain yang lebih cantik, mula tertekan saat kedutan mula bertambah sedangkan itulah sunnatullah. Yang kecil akan meningkat dewasa, yang muda tetap akan tua. Lalu segala macam teknologi digunakan - botox, plastic surgery, etc.




Ya, ada yang cakap perlukan isteri yang cantik supaya dapat keturunan yang cantik, handsome, comel-comel. Tapi yakinkah kita bahawa anak-anak yang cantik itulah yang akan menyejukkan mata dan hati kita?

Memang tak semua orang cantik macamtu. Aku pun jumpa ramai orang yang cantik lengkap dengan pakej baik dan mentaati suami. Cuma, maksud aku ni adalah orang yang cantik, selalu rasa diri cantik, dan yang terlalu dipuja suami kerana cantik. Ramai orang dah kahwin beritahu aku, bila dah kahwin nanti, bukan cantik atau handsomenya yang penting, tapi orang yang baik itulah yang akan menyenangkan hati kita. Yelah, cuba fikir sendiri, senang ke hati kalau isteri cantik macam Natalie Portman tapi malas nak mengemas sebab takut kulit berkedut, dan sebagainya. Seronok ke kalau dapat suami handsome macam Orlando Bloom tapi kedekut tenaga nak tolong uruskan hal-hal rumah. Hehe.

Rasulullah dah pesan, Wanita dinikahi kerana empat perkara : hartanya, keturunannya, kecantikan, dan agamanya. Maka pilihlah wanita kerana agamanya, maka kamu akan selamat.

Percayalah, bila isteri tu seorang yang takutkan ALLAH, walaupun tak berapa cantik, inshaALLAH dia adalah seorang yang menyenangkan hati. Sebab baginya, syurga seorang isteri terletak pada keredhaan suami. Apalah ertinya dapat isteri cantik, tapi isteri itulah yang buat kita selalu pening kepala, tak boleh nak terima keluarga kita seadanya, dan selalu melawan cakap kita. Apalah ertinya bila ada isteri cantik tapi rahsia keluarga sampai ke mana-mana, keaiban suami didedahkan dan selalu banding-bandingkan suami dengan lelaki lain.

Oleh itu, marilah kita semua betulkan niat untuk berumahtangga - dapatkan pasangan yang membantu kita kejar redha ALLAH, yang boleh bantu kita untuk perbaiki hubungan sesama manusia, yang boleh didik anak-anak menjadi anak yang soleh solehah, musleh muslehah. Marilah berusaha jadi orang yang baik, kerana ALLAH dah janjikan bahawa perempuan baik untuk lelaki baik dan lelaki baik untuk perempuan yang baik. Jadikanlah kecantikan itu sebagai ciri terakhir dalam kriteria pemilihan pasangan. Letakkanlah agama sebagai yang teratas, kerana ALLAH, bukan kerana mahu dipandang sebagai keluarga beragama. :)


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nuur : 26)

Untuk yang dah pilih perempuan cantik, didiklah dia dengan baik supaya dapat jadi isteri yang baik. Usahlah berlebihan memuja kecantikannya hingga melebihkan dia daripada ibu yang lebih perlu diutamakan.

Andai merasakan sudah tersalah pilih pasangan, usah bersedih kerana pasti ada ganjaran untuk orang yang sabar. Bukan kerana diri tak cukup baik, tapi mungkin itu sebagai ujian untuk menaikkan darjat kita di akhirat nanti. Asiah wanita beriman pilihan ALLAH juga terpaksa bersuamikan suami sekejam dan seangkuh Firaun. Nabi Nuh rasul ALLAH juga hadapi ujian kerana anak dan isterinya tidak beriman dengan ALLAH.

Semoga sejarah dan cerita sekeliling mengajar kita agar tak terjatuh dua kali ke dalam lubang yang sama.

Semoga kita sentiasa berusaha agar kita dipandang cantik di pandangan ALLAH. Cantik kerana bersihnya hati tanpa hasad dengki, cantik kerana indahnya akhlak, cantik kerana cintanya kita pada ALLAH, cantik kerana taatnya kita pada makhluk kerana ALLAH.

Doa senjata mukmin. Jadi, usah malas untk berdoa. Doa dengan penuh harap dan yakin :

Rabbana hablanaa min azwajinaa wadzurriyyatinaa qurrata a'yun waj'alnaa lilmuttaqiina imamaa
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
(Al-Furqan : 74)


Cari cari carilah pasangan hidup betul-betul oh kawan,
bahagia berseri rumahtangga akan harmoni ;)


~Jadilah lelaki yang baik, bertaqwa - yang takutkan ALLAH dengan sebenar-benar takut. Bidadari syurga yang cantik tak terperi akan menjadi temanmu di syurga. Bukankah syurga adalah tempat rehat yang kekal abadi.. :)

~Jadilah isteri solehah yang mentaati suami kerana ALLAH, semoga kelak akan menjadi ketua untuk para bidadari :)

~Perkahwinan bukan seindah anggapan kita. Perlukan usaha kedua-dua belah pihak untuk merealisasikan frasa 'rumahku syurgaku' dalam alam rumahtangga. Perlukan pergantungan yang total pada bantuan ALLAH, perlu perbetulkan jalan sebelum dan semasa di alam rumahtangga, inshaALLAH.

Saya mahu jadi yang terindah di pandangan ALLAH :)

Wednesday, July 13, 2011

Luka Itu Mengajar Aku


Dalam hidup ini, aku mungkin bukan yang sempurna.
Banyak luka yang terpaksa aku lalui,
dan ada di antara luka yang meninggalkan parut.
Namun aku selalu bangga dengan diri yang selalu mahu belajar dari kesilapan lalu,
cuba mengutip tiap butiran hikmah di balik semua kekalutan, ketakutan, dan kegelapan.
Bangga yang lahir dari rasa syukur.
Kerana aku tahu, DIAlah yang sentiasa menghadirkan kekuatan.
DIA berikan ujian demi ujian untuk melahirkan watak seorang wanita yang tabah, kuat jiwa. Kerana hidup tak seindah sentuhan mata.
Kerana luka, hari-hariku lahir bagai seorang pemikir.
Aku menghisab diri, merenung indahnya ciptaan DIA,
menginsafi lemahnya makhluk tanpa KHALIQnya.



Kerana luka, pekat malam menyaksikan aku menjadi pujangga
Tarian pena melukis seribu rasa di jiwa
Ah, bukan semua derita itu harus dicerca
Ya, mungkin ada parut yang mencacatkan
Namun aku sudah ada hati yang berani
Untuk aku tempuhi apa jua di hadapan
Semalamku mungkin ada kisah duka,
kisah ngeri menyayat hati
Yang aku pendam jauh sejauhnya dalam lubuk jiwa
Namun luka itu yang mengajar aku
Betapa syurga itu indah namun jalannya susah
Lalu kepayahan itu tak harus dipersia dengan setitis pun putus asa
Jalan yang berliku menguatkan aku
Untuk terus bangun dan melangkah
Kerana pasti ada kesenangan selepas kesusahan
Andai bukan di dunia, pastinya di syurga.
Janji-janjiNYA terus bergema menguatkan sukma
Kerana luka itu yang mengajar aku.

Monday, July 11, 2011

Jodoh, Doa, Usaha, Yakin



Salam.

Apa khabar? Selamat hari Isnin dan selamat memulakan minggu ni dengan ceria :) Dalam post kali ni aku just nak share apa yang aku dapat dalam Tanyalah Ustaz bersama dengan Ustaz Sharhan.

Ustaz Sharhan cakap, dalam perubatan Islam, memang ada masalah yang dipanggil 'menangguhkan jodoh', di mana hal ni menyebabkan seseorang susah untuk bertemu jodoh. Biasa dengar kan, ada orang yang nampak cantik, lengkap serba-serbi, tapi tak kahwin-kahwin sampai sekarang. Ada orang yang hatinya terbuka untuk lelaki sekejap je, lepastu dah rasa tak suka, takut, tak percaya, dan sebagainya.

Untuk sesiapa yang rasa, ada masalah macamni, cubalah amalkan ayat ke 21 dalam Surah Ar-Ruum.

"Dan di antara tanda-tanda kebesaranNYA ialah DIA menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan DIA menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi kaum yang berfikir."
(Ar-Ruum : 21)


So, tak perlulah kita buat benda-benda macam mandi bunga ataupun perkara-perkara khurafat apatah lagi yang boleh jatuh kepada syirik. Ingatlah bahawa ALLAH itu Maha Berkuasa dan paling berkuasa mengatasi makhluk apa sekalipun. Perkara yang paling penting sebelum amalan kita adalah keyakinan terhadap ALLAH. :)

Selain tu, teruslah bersangka baik pada ALLAH. Mungkin jodoh tak sampai lagi sebab ALLAH nak kita dapat seseorang tu di saat kita dah betul-betul bersedia dari pelbagai sudut. ALLAH nak ajar erti sabar, sebelum perlu berdepan dengan pelbagai cabaran dalam rumahtangga. Walau apa pun yang berlaku, teruslah bersabar, sangka baik dengan ALLAH, dan berdoa penuh yakin. Doa kan senjata mukmin. Maka luahkanlah segala yang terbuku dalam hati dan panjatkan pengharapan dalam doa.



Sebelum diijabkabulkan,
syariat tetap membataskan
pelajari ilmu rumahtangga,
agar kita lebih bersedia,
menuju hari yang bahagia.


Ok, setakat tu je sharing untuk hari ni. Sekarang tengah kekenyangan lepas makan Bolognaise Spiral. Seronok duduk rumah sebab dapat masak apa yang kita rasa nak makan :)

Bolognaise Spiral ~ masakan khas untuk Mama tersayang dan housemate lepas penat bekerja. :)


Kalau nak rasa, jemputlah datang rumah ;)

Who's next among these ladies? hehe.

~Aku tulis post ni tak bermaksud aku yang nak kahwin tau. Hehe. I'm still 23, banyak lagi nak kena belajar dan perlu diperbaiki. Sekadar sharing untuk manfaat bersama :)




Thursday, July 7, 2011

Cerita Sambal Goreng

Salam.

Hari ni, awal-awal pagi lagi aku dah sakit perut. Sakit perut semalam tak surut lagi. Dahlah sedih, frust sangat dengan sikap orang yang tak bertanggungjawab. Menyesal betul bagi kepercayaan kat orang macamtu. Banyak masa terbang untuk hasil yang zero. So, dari pagi aku terpaksa cuba hilangkan sakit dengan tidur. Memang tidur ubat terbaik sebab masa tidur tak rasa sakit kan. Huhu. Tapi, mata mana yang tahan kalau asyik dipaksa tidur je. Dalam sakit-sakit tu aku layan je cerita Korea biar boleh gelak kuat-kuat sorang-sorang. Orang kata, laughter's the best medicine.

Alhamdulillah, dah nak dekat pukul empat tu baru perut ni rasa ok sikit. Baru aku boleh start menyapu, dan basuh baju, dan masak. Baru je dapat mesej dari Mama yang ada usrah dan suruh aku masak simple-simple je.

Jadi, lauk yang simple tu adalah sambal goreng. Harini tak masak sayur pun, just hiris-hiris tomato pun dah cukup.


Sambal Goreng saya dah siap. Tinggal tunggu mama dan housemates makan je. :)

Minuman hari ini : Fresh orange



Bersedih 24 jam, menangis pun buang masa je. Nanti mata bengkak dah nampak tua kan.. Jadi, nak tak nak mesti terus ceriakan diri, fikir positif, ambil pengajaran, dan berusaha untuk dapatkan apa yang dah hilang. InshaALLAH. Amiin.

~Sabarlah dan tabahlah selalu kerana ALLAH amat cinta hambaNYA yang sabar. Sama ada kita akan senang selepas susah berkat kesabaran, ataupun mati dalam menahan kesabaran. Subhanallah.

Happy Selalu! :) :)


Wednesday, July 6, 2011

3 in 1 Recipe : Ayam Thai, Black White Chocolate Mousse, Easy Mini Pizza

Salam.

Hari ni just nak share resepi yang simple dan inshaALLAH sedap dan lazat berkrim. :) Kadang-kadang maybe kita dah bosan dengan apa yang kita selalu masak. Benda yang sama je. Jadi, sesekali untuk ubah mood kita jadi lebih ceria, kita kena pelbagaikan banyak benda baru. Untuk orang yang duduk rumah anak dara macam aku ni, mana boleh nak renovate rumah ke apa, so alternatif yang ada ialah pelbagaikan menu. Hehe.

Ok, resepi pertama : Ayam Thai Pandan

Bahan-bahannya :

10 ketul paha ayam
Daun pandan
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 tangkai daun ketumbar
1 sudu besar tepung serbaguna
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil gula perang
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya


Cara-cara membuatnya :

1. Kisar semua bahan perapan dan perap ayam semalaman.
2. Lilitkan daun pandan pada tiap-tiap keping ayam dan cucuk menggunakan lidi supaya lebih ketat dan kemas.
3. Goreng hingga garing dan wangi.
4. Siap, dan silalah hidang untuk family ataupun housemates anda!



Resepi kedua : Black and White Chocolate Mousse

Bahan-bahan untuk black chocolate mousse :

750 ml krim
500 gm dark chocolate
100 ml susu segar penuh krim


Bahan white chocolate mousse :

500 gm white chocolate
100 ml susu segar penuh krim
500 ml krim

Cara membuatnya :

1. Untuk membuat black chocolate mousse, pukul krim hingga kembang.
2. Cairkan coklat bersama susu segar.
3. Masukkan krim ke dalam coklat yang telah dicairkan. Kemudian, kacau hingga sebati.
4. Tuangkan ke dalam gelas.
5. Untuk buat white chocolate mousse, masukkan krim yang telah dipukul hingga kembang tadi ke dalam white chocolate yang telah dicairkan.
6. Tuang ke dalam gelas berselang-seli agar nampak menarik!
7. Hiasan terletak pada kreativiti sendiri :)

(Perhatian : Sekiranya anda simpan lebihan black chocolate mousse dan white chocolate mousse di dalam tupperware, make sure jangan tutup masa masih panas. Nanti cepat basi. Ini pengalaman sendiri. Huhu.)


Resepi ketiga : Easy Mini Pizza

Bahan-bahan :

1. Beberapa keping roti
2. Garlic butter
3. Mayonnaise
4. Beberapa keping cheese
5. Daging kisar (untuk senang, guna daging burger pun ok. Boleh juga ganti dengan frankfurter ayam, n etc.)
6. Lada sulah secukup rasa.


Cara-cara :

1. Potong daging burger dan goreng.
2.Canai nipis semua roti yang ada
3. Sapu garlic butter atas roti yang dah dicanai
4. Letakkan daging burger atas roti
5. Tuangkan sedikit mayonnaise
6. Taburkan cheese yang dah dipotong-potong.
7. Bakar.
8. Siap, dan boleh dimakan begitu saja! :)



~Memasak pun perlukan ilmu. Makin kita praktikkan, makin kita pandai. Dan semakin kita belajar, terasa makin banyak yang kita tak tahu. Memasak juga perlukan kesabaran dan keberanian. Sabar kalau ada benda yang tak jadi, cuba dan cuba tanpa putus asa sampai dapat hasil yang terbaik. Mesti berani mencuba sesuatu yang baru yang bermanfaat untuk kebahagiaan bersama. (Bagi orang makan dapat pahala tau!)

~Easy Mini Pizza tu resepi sendiri sebab malas nak masak nasi untuk lunch sorang-sorang. Hihi.

~Selamat Mencuba. Sharing is caring! :)