Thursday, August 25, 2011

Hijrah Memang Susah, Tapi Boleh InshaALLAH


Salam.

Rasanya dah lama aku tak menulis. Sebenarnya macam-macam yang aku rasa nak share dalam blog ni, tapi tak berkesempatan sebab ada benda-benda lain yang lebih menuntut perhatian aku. Sebelum ni, bila aku spend masa untuk tulis satu entry kat blog, rasanya aku dah curi banyak masa untuk menulis benda yang sepatutnya aku siapkan dalam tahun ni jugak.

Berbanding dengan di facebook, bila nak tulis kat blog ni kadang-kadang perlu check spelling error, check kalau-kalau ada tersalah bahasa mahupun tatabahasa, dan sebagainya. Baru-baru ni aku ada bercerita dengan sorang sahabat, dia beritahu aku betapa pentingnya untuk kita utamakan kerja yang lebih utama berbanding dengan yang kurang utama. Menurutnya, meskipun dengan kerja-kerja sukarelawan yang memang baik, tapi aku perlu pertimbangkan sama ada kerja seumpama tu akan mengganggu perjalanan tarbiah dan dakwah yang memang sewajarnya menjadi keutamaan sepanjang hayat. Aku ni masih lagi merangkak-rangkak dalam semua ni, dan sangat jealous sebenarnya dengan kakak-kakak yang sudah lebih maju ke depan dan sentiasa kuat semangat atas jalan ini. Alhamdulillah, sesi buka puasa dengan seorang sahabat di kampung nenek, akhirnya jadi satu diskusi yang berjaya buka mata aku dari segi beberapa perkara di samping menjelaskan beberapa kekaburan yang ada.

Ya, aku sudah lama nantikan saat untuk berada atas jalan ini, dan ALLAH sudah buka pintu untuk aku sampai ke jalan ini. Ya ALLAH, kuatkanlah langkah kaki ini agar terus istiqamah atas jalan yang menghubungkan aku dengan cintaMU, juga dengan mereka yang mengharapkan cintaMU.

Kadang-kadang, aku takut jugak bila jadi orang yang mula menyampaikan setelah kita banyak menerima. Teringat pengalaman dari zaman sekolah dulu. Masa form three dulu, aku pernah bagi talk sikit kat kawan-kawan, adik-adik, dan kakak-kakak tentang hal disiplin dan do's and dont's kat MRSM BP. Yelaa, masa tu ada antara mereka yang baru masuk dari sekolah bukan MRSM dan ada yang memang dari MRSM tapi mungkin terlupa rules penting. Tapi, lama kelamaan ada jugak antara rules tu yang aku sendiri langgar. Aku teringat macam mana sedihnya muka Ustaz Marwan (ketua fellow masa tu) bila aku macam dah berubah jadi lebih nakal. Huhu.

Tapi, sekarang ni, aku rasa sesiapa pun dah pernah rasa benda-benda seumpama ni. Cuma yang membezakannya adalah adakah kita ambil pengajaran daripada kesilapan kita dan terus berubah betulkan kesilapan, ataupun biarkan diri hanyut dengan terus mengulang kesilapan demi kesilapan. Bagi aku, kesilapan itu adalah guru yang sangat hebat untuk kita lebih berhati-hati di masa depan. Sedangkan dalam konteks dakwah pula, kesilapan itu mengajar kita untuk lebih memahami perasaan dan keadaan mad'u kita supaya dapat mendekati mereka dengan cara yang lebih baik. Kesilapan juga mengingatkan diri kita, bahawa kita mampu melaksanakan amal-amal baik pun adalah dengan izin ALLAH dan bukan kerana diri kita yang memang sedia baik.

Ok, sekarang adalah sesi copy n paste, apa yang aku dah tulis di Facebook sebelum ni. Masa tu tiba-tiba aku rasa nak tulis tentang hijrah di facebook, sebab aku nampak beberapa perubahan positif pada beberapa orang teman. Lepastu, bila beli satu magazine tu, banyak pulak berkisarkan tentang kisah hijrah beberapa orang terkenal. Lepastu pulak, ada seorang pembaca yang recommend aku untuk jadi pengacara TV Al-Hijrah. Huhu. Tapi, yang lebih menyedarkan aku bahawa itu adalah petunjuk daripada ALLAH, ialah bila ayat-ayat yang dibacakan imam dalam solat terawih malam tu jugak banyak tentang hijrah dan jihad di jalan ALLAH. Subhanallah! Ya ALLAH, Kau bantulah hamba-hambaMU yang benar-benar sudah memulakan tekad untuk berhijrah. Semoga kami akan terus istiqamah dalam menjadi hamba yang baik menurut pandanganMU, lalu kembali kepadaMU dalam keadaan redha dan diredhai, inshaALLAH.

Ok, selamat membaca! :)


Hijrah itu memang susah,

Hijrah itu memang payah,

Hijrah itu menuju ALLAH,

Di hujungnya hasanah. :)


Saya teringat sorang kawan yang tak suka dengar lagu ni, barangkali buatkan dia rasa mengantuk semasa drive. Huhu. Tapi saya sangat suka dengan lirik dalam lagu yang dinyanyikan kumpulan nasyid Devotees ni. Mengikut pemerhatian dan pengalaman, saya yakin dan percaya bahawa semua orang memang ada hasrat untuk berubah, berhijrah ke arah yang lebih baik. Sebab, fitrah setiap manusia itu sebenarnya sukakan kebaikan, justeru hati pasti akan tenang bila lakukan kebaikan.


Kalau tak percaya kan, cuba tengok artis-artis kita dalam rancangan Ini Kisahku di TV9. Kalau tak sempat tengok di TV9, bolehlah tengok di youtube. (Sebab saya pun tengok kat youtube je). Antara yang saya dah tengok ialah Sham Kamikaze, Wardina Safiyya, dan Catriona Ross. Muka diorang nampak lebih bersih dan tenang kan? Cuba kita bandingkan dengan mereka yang selalu jauh dari ALLAH, mestilah sangat berbeza tak kira cantik atau handsome macam mana seseorang tu.


Berubah?


Daripada malas solat kepada lebih menjaga solat lima waktu

Daripada pemarah kepada lebih sabar

Daripada tidak menutup aurat kepada menutup aurat

Daripada sombong kepada lebih merendah diri

Daripada malas kepada rajin

Daripada solat sendiri kepada selalu solat berjemaah

Daripada suka bergossip kepada zero gossip

Daripada tak hormat orang tua kepada lebih memuliakan orang tua

Daripada merempit di jalan, kepada bawak motor ke mesjid untuk solat


Dan apa saja bentuk perubahan kepada lebih baik.





Berubah memang susah, kerana syaitan dah sangat expert dalam menghalang manusia ke arah lebih baik. Jadi, kita akan nampak benda-benda baik sebagai benda yang membosankan, memalukan, dan sebagainya. Padahal, pada hakikatnya benda-benda baik itulah yang menenangkan jiwa kita, apatah lagi bila baik itu adalah baik yang bertepatan dengan suruhan ALLAH. Dan bila kita baik, inshaALLAH ketenangan tu akan nampak pada wajah kita. Contohnya bila kita cuba pakai tudung, kita akan rasa macam nampak lebih cantik tanpa tudung. Tapi sebenarnya semua tu cuma bisikan-bisikan daripada syaitan dan nafsu sendiri yang dah selalu terdidik dengan hasutan syaitan. Percayalah, kita akan kelihatan lebih cantik bila kita ikut apa yang ALLAH suruh. Bukankah ALLAH yang membentuk wajah-wajah kita?


“Before I started covering, I thought of myself based on what others thought of me. I see that too often in girls, their happiness depends on how others view them. Ever since, my opinion of myself has changed so much; I have gained (a lot of) self respect. I have realized whether others may think of me as beautiful is not what matters. How beautiful I think of myself and knowing that Allah finds me beautiful makes me feel beautiful.”

- Katherine Bullock, a Canadian convert to Islam.


Ataupun kadang-kadang kita rasa macam cantik jugak bila bertudung, tapi ada pulak kata-kata kawan kita yang buat kita rasa segan nak bertudung. Ada jugak antara kawan yang akan memperlekehkan usaha dengan katakan kita bukannya baik sangat untuk tiba-tiba berubah memakai tudung.


Biarkanlah. Kuatkan hati, dan jangan menoleh ke belakang bila kita sudah mulakan niat untuk berhijrah. Biarkan apa jua orang nak kata, kerana hijrah kita seharusnya adalah semata-mata kerana harapkan redha ALLAH. Apa jua yang orang lain kata, tak akan sedikitpun mengubah nilaian ALLAH terhadap diri kita. Kita tak perlu berusaha untuk tunjukkan diri kita sebagai orang yang baik pada pandangan manusia, tapi kita mesti selalu cuba untuk jadi orang yang baik kerana ALLAH, sama ada di depan ataupun di belakang manusia.


Bila apa yang kita buat adalah semata-mata kerana ALLAH, kita tak akan terusik dengan kekejian ataupun kebencian!


Berubah, biar sikit tapi mesti berubah.


Ada yang cuba mulakan dengan menjaga solat, tapi mungkin belum menutup aurat dengan sempurna. Tak apa, teruskan dengan membetulkan solat kita. Jangan kerana segan bila belum menutup aurat, lalu kita pun segan untuk solat. Tak tutup aurat itu satu dosa, dan tak solat tu satu dosa. Sekurang-kurangnya bila kita lakukan solat walaupun tak tutup aurat, kita cuma dapat dosa tak menutup aurat, dan dapat pahala lakukan solat. :) Seterusnya, bolehlah kita cuba untuk betulkan perkara-perkara lain untuk menzahirkan bahawa solat itu dapat mencegah diri kita daripada melakukan kemungkaran.


Dan orang-orang yang rasakan diri sendiri sudah baik, tak perlulah kita memperlekehkan mereka yang baru nak berubah. Kita tak tahu apa yang ALLAH tahu. Keadaan kita yang sekarang belum tentu untuk menjamin sama ada mati kita nanti dalam keadaan pengakhiran yang baik atau sebaliknya. Kita mesti selalu sedar, bila kita mampu buat perkara-perkara baik pun, semuanya adalah atas izin daripada ALLAH.


Kadang-kadang, bila dah berubah pun, mungkin ada satu masa kita rasa iman lemah dan ingin kembali macam dulu. Kalau daripada kurang baik, berubah jadi baik, tiba-tiba boleh berubah jadi kurang baik semula, pun masih boleh berusaha untuk berubah jadi lebih baik. Dan selalulah mintak bantuan ALLAH agar dimudahkan jalan untuk terus menjadi orang yang baik pada nilaian ALLAH. Doalah selalu dalam setiap solat kita, agar hati kita tak dipesongkan setelah ALLAH beri hidayah.


"Rabbana la tuzigh quluubanaa ba'da idzhadaitanaa wahablanaa milladunka rahmah. Innaka antal wahhab."

"Wahai TUHAN kami, janganlah ENGKAU memesongkan hati kami sesudah ENGKAU beri petunjuk kepada kami, dan sesungguhnya ENGKAU jualah TUHAN yang melimpah-limpah pemberiannya."


dan doa ini,


"Ya Muqallibal qulub thabbit qalbii 'alaa diniik wa 'alaa thaa'atiik."

"Wahai TUHAN yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di dalam agamaMU dan ketaatan."


Bagaimana nak berubah?


1. Mulakan niat berubah semata-mata kerana ALLAH.

2. Berdoa supaya dikuatkan hati untuk berubah ke arah yang lebih baik.

3. Mula berubah.

4. Sentiasa doa supaya istiqamah dalam menjadi hamba ALLAH yang lebih baik.


"Sebagai muslim, hidup dan matlamat sebenar kita adalah mengenal Allah, tapi bila kita duduk dikalangan orang yang tidak memperingatkan diri kita tentang Allah, jadi kita pun terlupa sebab kita memang manusia yang terlupa." -Amer Munawer


"Sekiranya kita nak berubah jadi baik maka Allah akan hantarkan orang-orang yang baik untuk berkawan dengan kita" - Wardina.


~Biarkan apa orang nak kata, yang penting apa yang ALLAH kata. :)

~Mari sama-sama berhijrah kerana ALLAH. :)

~Jadikan 10 malam terakhir Ramadhan ni sebagai platform untuk kita mulakan hijrah. Perbanyakkan doa, istighfar, iktikaf, qiamullail, tadabbur al-Quran, dan apa jua amalan baik. Jangan terlalu excited dengan raya sampai kita korbankan 10 malam terakhir yang di dalamnya ada malam yang lebih baik daripada 1000 bulan!

Sekian, daripada diri sendiri yang kurang baik, tapi nak jadi baik, dan nak kawan-kawan sama-sama jadi baik. :D

Thursday, August 11, 2011

Sutera Kasih

Salam. Hari ni nak share satu lagu favourite yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid In-Team. Lagu ni bertajuk Sutera Kasih.

Haritu try cari-cari lagu nasyid kat dalam folder handphone. Bila play je, terdengar lagu Sutera Kasih. Dalam hati, teringat saat-saat mula cuba mengenal cinta ALLAH dulu. Tiba-tiba Mama pun cakap benda yang sama. Mama cakap, rasa sayu dengar lagu ni sebab inilah antara lagu nasyid yang aku dengar masa mula-mula Mama dan Abah berpisah sebagai suami isteri.

Masa darjah enam, tiba-tiba aku terpaksa duduk rumah nenek kat kampung untuk ambik UPSR dengan keadaan selesa dan selamat. Masa tu sedih betul sebab terpaksa hilang rumah, kereta, Abah, jiran, kawan-kawan, dan macam-macam lagi. Tiba-tiba terpaksa sesuaikan diri untuk hidup kat kampung. Masa tu Mama baru start kerja sebagai cikgu tadika, dan dapat duduk kat satu rumah di Taman Universiti. Masa tu memangla terkejut dan susah nak sesuaikan diri. Daripada duduk bertiga dalam rumah yang ada lima bilik, terpaksa duduk berenam dalam satu rumah yang ada dua bilik. Tak pasal-pasal kena duduk dengan orang-orang yang bukan family.

Tapi dalam kesedihan tu, aku berkenalan dengan orang baik-baik. Antaranya ialah Kak Huda yang jadi housemate aku waktu tu. Masa tu baru aku faham, rupanya perempuan ni kena pakai tudung tutup dada, kena pakai stokin untuk tutup kaki, sebab semua tu aurat. Tapi semua tu tak dapat lagi isi kekosongan hati yang rasa terlalu berat sebab hilang macam-macam benda dalam sekelip mata. Lepastu setiap malam aku tengok Mama bangun malam untuk solat. Aku terfikir itu ke rahsia Mama nampak macam makin kuat untuk hadapi semua ni.

Sampai aku melangkah ke alam sekolah menengah, mula-mula aku masuk asrama Sekolah Menengah Datuk Penggawa Barat kat Pontian. Aku terpaksa berpisah jauh dengan Mama sebab Mama cakap, aku kena belajar berdikari, dan aku tak boleh duduk serumah dengan cikgu-cikgu tadika. Masa tu, sedihnya ALLAH je yang tau. Aku selalu telefon Mama sambil menangis dan mintak Mama ambik aku kat asrama. Tapi, masa tu Mama cakap, kalau kita cintakan seseorang lebih daripada ALLAH, ALLAH boleh ambil dia bila-bila masa je. Macam kita dah hilang rumah, Abah, kereta, dan harta. Sebabtu Najlaa kena cintakan ALLAH lebih daripada Mama.

Waktu tu aku tertanya-tanya sendiri, macam mana aku nak dapatkan cinta ALLAH. Dan malam itu, aku mulakan dengan memeluk Al-Quran sambil menangis dan aku cuba luahkan semuanya pada ALLAH. Entah kenapa, hati aku terasa lebih tenang waktu tu. Dan aku terus sematkan azam untuk dapatkan cinta ALLAH. Aku tak ada pilihan lain selain daripada mencari kekuatan untuk hadapi semua kejutan dan kekalutan waktu tu. Waktu pertama kali aku cuba untuk laksanakan solat tahajjud, cuma ALLAH yang tahu betapa indahnya. Bila sujud, terasa macam tak mahu bangun lagi. Rasa macam nak terus bercerita dan luahkan semuanya pada ALLAH. Waktu tu aku macam disapa angin sejuk yang menyejukkan dan melapangkan jiwa. Lapang selapang-lapangnya.

Sampailah aku melangkah masuk ke MRSM Mersing, aku terus tenang walaupun hidup aku dengan serba kekurangan berbanding dengan waktu Mama dan Abah masih bersama. Aku terbaca kisah Fatimah sebagai wanita yang bersujud bila lapar dan berzikir bila keletihan. Dan waktu itu saat aku lapar, tengok orang lain dapat makan sedap-sedap, aku cuma bersujud dan mengadu pada ALLAH. Setiap hari, aku selalu rindukan saat dinihari untuk aku ceritakan segalanya pada ALLAH Indahnya saat berkenalan denganMU ya ALLAH :)

Lagu Sutera Kasih ni antara yang selalu menemani hari aku waktu mula-mula aku cuba mulakan hijrah untuk jadi hamba yang mencintai dan dicintaiNYA. Semoga ALLAH beri kebaikan yang banyak untuk semua yang terlibat dalam pembikinan album In-Team yang pertama ni.

Ingatlah selalu cintakan bunga, bunga akan layu, hancur, dan musnah. Cintakan manusia, manusia akan pergi, manusia kadang-kadang tak tahu menghargai. Cintailah ALLAH yang kekal abadi. CintaNYA tulus suci, indahnya tiada tara, menyejukkan relung hati. Bila cintakan manusia, kita akan jealous tengok orang yang kita cinta sukakan orang lain. Tapi bila cintakan ALLAH, kita akan cinta siapa pun yang cintakan ALLAH dan yang dicintai ALLAH. Oleh itu, berhentilah mengejar cinta yang tak pasti.:)

Ok, jom layan lagu ni :)


SUTERA KASIH

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih

Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian

Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya


~Hidayah milik ALLAH. ALLAH boleh bagi pada saat yang tak dijangka, dan bila-bila masa juga ALLAH boleh tarik balik hidayah. Ya ALLAH, janganlah KAU pesongkan hati-hati kami setelah KAU beri hidayah. Amiin.

~Dulu aku selalu bayangkan, alangkah indahnya kalau dapat bertemu dan berkumpul dengan orang-orang yang juga mahukan cinta ALLAH. Dan ALLAH dah perkenankan permintaan aku dengan mempertemukan mereka semua. Ya ALLAH, kuatkanlah aku agar terus istiqamah bersama mereka. Amiin.

~Take care! Selamat berbuka puasa untuk semua umat Islam, walau di mana jua anda berada. Salam ukhwah fillah untuk semua :)

Sunday, August 7, 2011

Kisah Benar Tentang Sabar


Salam. Semoga semua dalam keadaan ceria dan bahagia selalu. Hari ni nak share satu kisah yang telah dikongsi oleh seorang sahabat. Dia sahabat yang sangat baik, yang selalu bantu aku untuk jadi lebih positif. Semoga ALLAH selalu bahagiakan dia dengan cinta dan redhaNYA, seterusnya dapat melangkah bahagia masuk ke syurgaNYA. Aamiin. :)

Cerita ni membuka mata aku betapa indahnya hakikat sabar. Bukankah ALLAH sangat cintakan hambaNYA yang sabar?


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman, dan mereka tidak diuji?"
(Al-'Ankabuut : 2)


Selamat membaca, semoga bermanfaat, inshaALLAH :)




~~ mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.~~

sebuah kisah benar..dan ianya buatkan aku menangis mengenangkan kelemahan diri yg tiada taranya..hayatilah..

Semasa kisah ini berlaku, beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang di universiti aku dan aku di Tahun 1 . Aku juga kenal baik dengannya...malah dia lah yang pertama kali menghulurkan tangannya untuk membantuku ketika aku mula menjejakkan kaki ke UIA ketika itu.

Tentang dia??

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana .

Suatu hari, aku hairan kerana aku sudah lama tidak nampak kelibat akak ni di kampus, lalu aku bertanya pada seniorku yg juga merupakan kawan baik beliau. Kata senior aku, beliau extend study kerana sakit. Aku terkejut.

Tidak lama kemudian setahun lebih selepas itu, barulah aku nampak kelibat beliau di fakulti. Dan dia menegurku. Kami bersembang dan banyak kisah yang dikisahkan oleh beliau dan hampir saja air mataku menitik kerana tak tahan menakung kolam air yang hampir melimpah di ruang tabir mataku.

Ya...Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg dulu . Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, ditambah pula kaki yang sudah sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh.

Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dah lama dia tak berdaya utk ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.


Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakanmakhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.


Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri.

Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa sallam sendiri".

Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.



Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, HambaAllah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, Ana RasuluLlah". SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi", -'sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-. Allahuakbar.

Kemudian Baginda Nabi SallaLahu'alaihiwas allam berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" , - sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar'. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh 'alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul 'arabiyah, tp kami terjemahkan) , "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana". Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya 'Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda'. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.



Kemudian Nabi katakan, "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti". Lepas tu Nabi kita lafazkan,"Ummati.., ummati.., ummati...", dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi.

Beliau merintih, "Jgn pergi Ya RasuluLlah", tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau...xtaulah, waLlahua'lam. ..



Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jgn pergi Ya RasuluLlah.. .". Kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.



Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.



Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung smakin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. 'Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu'alaihiwa sallam'. 



Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah...". kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, "Assalamu'alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu'alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. "Nahnu khulafa' ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali".

SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia. Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.



Para Sahabat mengatakan "Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.". kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarahyg bermaksud:


" Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ' sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir'. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) .. apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu".

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar". Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi. 


Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh".

Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata' ala. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni'mat yang Engkau berikan".

Beliau katakan pada kami, "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; "tak rugi kita bersabar..."

-------------------------------------------------

P/S : Ini kisah benar yang berlaku pada seorang pelajar

Bersabarlah, kerana sabar itu indah.



~Jom amalkan doa seperti doa tentera Talut ketika berperang dengan tentera Jalut :

"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir. Amiin."

Thursday, August 4, 2011

Makhluk Berbaju Oren

Salam.

Makhluk berbaju oren ni, bukan alien, macam dalam cerita Alien vs Predator tu. Tapi mereka adalah adik-adik tadika yang comel-comel. Hehe.

Jom mulakan baca entry ni dengan nyanyi lagu Permata Keluarga. (Tak bermaksud nak menyokong agenda Permata. hehehe)

Anak-anak adalah permata ayah bonda.
Penghibur duka lara menyejukkan mata
Ibarat kain putih yang suci dan bersih
Terpulang bagai mana untuk mencoraknya

Berilah mereka didikan agama
Kelak bila dewasa jadi insan berguna
Kepada nusa dan bangsa
Kepada insan semua


Aku nyanyi lagu ni sebab, semalam baru je pergi melawat tadika Mama, setelah enam bulan aku tak ke sana. Sebelum ni aku praktikal sampai lima bulan, so memang tak ada weekdays yang free untuk ke tadika. Lepastu semalam tergerak nak pergi sebab kebetulan aku perlu ke bandar untuk tunaikan satu amanah.

Kalau sebelum ni, aku selalu dah kenal nama-nama anak murid mama, tapi kali ni baru nak berkenalan dengan adik-adik umur lima tahun yang baru masuk tahun ni. Bila ada kat tadika ni, memang kita tak akan kering gusi bila tengok macam-macam ragam diorang.

Tapi ingat tau, jangan cuma sayangkan adik-adik yang nampak comel je. Kita tak boleh tunjuk sikit pun rasa pilih kasih, sebab diorang boleh tau siapa yang sayang diorang ataupun tak. Sayangilah semua tanpa mengira budak tu pandai atau tak, comel atau comot, miskin atau kaya.

Kalau siapa-siapa yang tengah bersedih hati ataupun rasa stressed, jomlaa ikut aku pergi tadika. InshaALLAH lepas tu mesti happy punya!

Inilah dia antara gambar makhluk-makhluk berbaju oren :




Kelas Teacher Lin

Ini teacher ani merangkap housemate, merangkap kawan terawih, merangkap kawan tengok cerita Korea, merangkap kawan pergi bazar. Hehe.

Ini teacher baru, bergambar dengan makhluk berbaju oren. Hehe




Doa sebelum balik. Sebenarnya ada panjang lagi dengan ayat-ayat comel, 'I love you teacher', 'We love you teacher'. Hehe, I love you too sayang-sayang semua :)




~Di kesempatan ni, aku nak share pesanan daripada Ustaz Zahazan. Ustaz cakap, orang perempuan boleh pergi berterawih, tapi janganlah sampai pergi ke mesjid dalam keadaan yang tak menutup aurat. Nanti, ia boleh jatuh kepada haram. Apa salahnya kita jadikan Ramadhan ni sebagai permulaan untuk kita menutup aurat. :)

Monday, August 1, 2011

Bulan Quran

Salam. Apa khabar? Semoga semakin bertambah usia Ramadhan, kita juga semakin bersemangat untuk beribadah, seterusnya mengejar peluang yang ALLAH berikan di sepuluh malam terakhir. InshaALLAH. :)

Semoga semua sahabat, mahupun kenalan yang jauh di mata dapat menghayati erti Ramadhan dengan penuh keinsafan, kesabaran, dan kesyukuran. Pada saat ini, mungkin ada yang bersedih kerana kehilangan orang yang tersayang, orang yang terlalu rapat dalam hati. Mungkin ada yang bersedih kerana kekurangan harta, bersahur dan berbuka apa adanya. Mungkin ada yang bersedih kerana sakit fizikal yang dihadapi. Mungkin ada yang bersedih kerana maruah diinjak-injak, difitnah, dicerca, dan dihina. Mungkin ada yang bersedih kerana berjauhan dengan semua yang tercinta. Mungkin ada yang bersedih kerana tak punya tempat untuk berteduh, terpaksa menumpang hidup di sana sini. Ya, dan manusia itu punya 1001 sebab untuk bersedih. Lalu semoga Ramadhan ini memberi sinar kekuatan untuk kita terus bersabar dan bertahan dengan ujian, di samping berusaha meningkatkan diri dan mencari jalan keluar daripada kesedihan.

Banyak perkara-perkara yang nampak mustahil telah berlaku dalam catatan sejarah. Sebenarnya, memang tak ada apa pun yang mustahil bila ALLAH mengizinkan sesuatu itu berlaku. Antara kisah yang dekat dengan kita dalam bulan Ramadhan ini adalah kisah kejayaan umat Islam dalam Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah. Bilangan tentera Islam yang sedikit melawan tentera Kuffar yang ramai ketika itu tidak memustahilkan kemenangan untuk umat Islam. Kerana mereka yakin dengan sebenar-benar yakin bahawa mereka ada ALLAH untuk membantu mereka. Lalu lapar dan dahaga tak dijadikan alasan untuk terus berjuang menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi ini. Dan banyak lagi rentetan peristiwa kegemilangan umat Islam yang berlaku dalam bulan Ramadhan ini seperti Pembukaan Kota Makkah, kerajaan Islam menjatuhkan kerajaan Parsi pada tahun ke 15 Hijrah, Salahuddin al-Ayyubi dapat mengalahkan tentera salib pada tahun 584 Hijrah, serta peristiwa Mesir dan Syria dapat menumbangkan Israel di Semenanjung Sinai pada 1393 Hijrah.

Ada antara kawan-kawan yang tanya, 'Najlaa, larat ke kita nak habiskan khatam satu Quran masa Ramadhan ni?' Jadi jawapannya adalah, inshaALLAH larat. Katakan boleh, dan inshaALLAH kita akan boleh. (Wah, dah macam motivator pulak. hehe) Antara tips yang boleh diberi adalah, bawaklah Quran ke mana saja kita pergi. Tapi, mesti jagalah, jangan letak kat bawah, dan sebagainya. Ok, lepastu, tak perlu nak baca Quran macam nak bertanding muabaqah Al-Quran. Cukuplah baca dengan suara perlahan, atau mungkin tanpa suara. Dan lebih baik kita baca maknanya sekali, semoga dengan izin ALLAH, hati-hati yang keras ini akan jadi lebih lembut dan dekat dengan ALLAH. :) Bila dah letakkan target, macam satu atau dua juz sehari, kita mesti tegas dengan diri sendiri untuk capai target harian tu. Kalau sekiranya sehari tu memang super busy sampai tak sempat, bolehlah kita gantikan bilangan juz yang tertinggal tu pada hari yang lain. Boleh baca sambil tunggu bas, bila balik dari lecture, masa tunggu lecturer masuk, lepas solat, sebelum tidur, masa tunggu waktu berbuka, dan macam-macam lagi ruang masa. Di samping tu, mesti terus berdoa, supaya ALLAH berikan kekuatan untuk kita khatamkan satu Quran, dan dalam laksanakan ibadah-ibadah lain.

Jom kita contohi para Ulama' yang telah bersungguh-sungguh memperbanyakkan bacaan Al-Quran pada bulan Ramadhan. Ada antara mereka yang khatamkan Quran dalam tempoh tiga malam, ada yang khatam seminggu sekali, dan ada juga yang khatamkan dalam tempoh 10 hari sekali. Imam al-Syafi'i akan khatamkan Quran sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadhan.

Ramadhan juga dikenali dengan nama Shahrul-Quran. Permulaan turunnya Quran adalah pada bulan Ramadhan, pada malam Jibrail a.s. datang membacakan surah Al-'Alaq, ayat 1 hingga lima kepada Rasulullah. Pada bulan Ramadhan ini juga, Al-Quran diturunkan dari Lohmahfuz ke langit dunia. Al-Quran diturunkan pada malam malam Lailatulqadar, iaitu malam yang diberkati.

Pada bulan Ramadhan juga, Rasulullah s.a.w. dan Nabi Jibrail a.s. akan mengkhususkan waktu untuk mengulangkaji ayat-ayat Quran yang telah diturunkan kepada baginda s.a.w. Para Ulama' telah membuat kesimpulan bahawa disyariatkan agar mengkhatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan kerana pada setiap tahun, Rasulullah s.a.w. dan Jibrail a.s. mengulangkaji semua ayat-ayat Quran yang telah diturunkan kepada baginda sebelumnya. Malah pada Ramadhan tahun berakhir sebelum kewafatan baginda s.a.w., mereka telah mengulangkaji sebanyak dua kali.


Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH, maka baginya satu hasanah (kebajikan). Dan hasanah itu pula digandakan sebanyak 10 kebajikan seumpamanya. Aku tidak katakan 'Alif Lam Mim' itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf."
Riwayat al-Tirmidzi no. 2910)


~Good habits are hard to form, but easy to live with. Bad habits are easy to form, but easy to live with. :)

~Sumber artikel adalah tulisan Dr. Abdul Basit Abdul Rahman atau dikenali sebagai Dr Abu Anas Madani. Sabtu lepas, Dr baru je ada di masjid UTP :)

~Semoga semua yang dilakukan semata-mata kerana ALLAH. 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah kerana ALLAH Tuhan Sekelian Alam.' InshaALLAH.

~Ketenangan dan keceriaan inshaALLAH dapat diraih bila hati selalu dekat dengan ALLAH. Salam ceria di bulan Ramadhan! :) :) :)