Thursday, May 26, 2011

Miracles


Salam.

Ok, semalam aku stay up untuk siapkan website, dan prepare apa yang patut untuk final project. Bila mama bangun, mama cakap nak tengok video pasal umrah. Yes, umrah. Masih macam mimpi Mama berpeluang nak tunaikan umrah.

Dulu, Mama selalu cakap, teringin sangat nak pergi tengok Kaabah, tapi duit tak banyak
. Duit gaji pun lepas nak buat makan dan bayar duit kereta bulan-bulan. Untuk buat saving, memang sangat susah. Tapi, aku selalu cakap, "Mama percayalah. Tak ada apa yang mustahil bagi ALLAH. Kalau kita percaya, inshaALLAH ada miracle n Mama boleh pergi sana tanpa disangka."

Tahun ni, 2011, tiba-tiba Nyai (nenek aku) cakap dengan Mama yang Nyai dah pun sediakan beberapa ribu ringgit untuk Mama tunaikan umrah. Subhanallah, alhamdulillah, laailaahaillal
lah, ALLAHhuakbar!


Siapa yang gerakkan hati nenek aku kalau bukan ALLAH?
Siapa yang aturkan semuanya kalau bukan ALLAH?
Siapa yang mendengar tiap perbualan antara aku dan Mama kalau bukan ALLAH?


Ya, tak ada apa yang mustahil bagi ALLAH. Cuma saja, kita yang perlu yakin dengan sepenuh hati bahawa ALLAH Yang Maha Berkuasa untuk buat apa pun. ALLAH yang menahan lang
it daripada jatuh menimpa bumi. ALLAH yang mentadbir pergantian malam dan siang. ALLAH yang mengurus setiap makhluk yang ada di muka bumi.

Sekarang, tinggal lagi dua minggu sebelum Mama nak perform umrah. Walaupun tanpa mahram bersama, aku doakan semoga Mama dapat fokus dan dimudahkan semua urusan untuk beribadah.


Tahajjud, adalah antara cara untuk menguatkan yakin dan percaya kita kepada ALLAH.


There can be miracles, when you believe.
Who knows what miracles you can achieve
When you believe, somehow you will
You will when you believe. :)


~Sama macam buat projek, atau apa pun cita-cita yang kita impikan. Macam hajat nak buat masters, walaupun rasa macam tak berduit sangat, tapi tak ada apa yang mustahil bila kita betul-betul percaya dengan ALLAH, terus usaha, dan berdoa.

~Benarlah bahawa dengan mengingati ALLAH itu hati-hati akan menjadi tenang. Tak ada apa yang membebankan jiwa bila kita yakin dan percaya bahawa kita ada ALLAH :) DIAlah sebaik-baik Pembantu.

~Please, doakan juga hajat aku untuk jadi pensyarah tercapai. Dengan izin ALLAH, aku nak jadi pensyarah yang dapat didik belia Islam, dapat bantu mereka yang betul-betul memerlukan, sama ada dari segi material atau pun moral support. Thank u. :)


Semalam jadikan pengalaman buat kita menyuluh jalan,
mencari pedoman hidup penuh kebahagiaan,

Hari esok hanya anganan, belum tentu kan kesampaian,
Hari ini kita mulai langkah penuh keazaman.


Wednesday, May 25, 2011

Adik

Salam. Hari ni adalah hari ketiga aku tak ke office, sebab dah tamat tempoh lima bulan internship. Alhamdulillah, dan tahniah pada diri sendiri sebab dah berjaya habiskan lima bulan ni. :)

Semalam dan kelmarin aku tak dapat nak menulis sebab sibuk berhempas pulas untuk siapkan report dan pergi apply untuk buat final project pada short sem ni. Alhamdulillah, satu miracle
dah berlaku bila akhirnya aku dapat approval untuk buat projek tu. Memang, tak ada yang mustahil bagi ALLAH.

Nak buat projek ni memang perlukan fokus dan usaha yang lebih, serta menuntut pengorbanan. Sebab projek ni sepatutnya disiapkan dalam masa lima bulan lebih, tapi disingkatkan kepada sebulan setengah je. Jadi, bayangkanlah macam mana aku perlu speed up untuk siapkan projek ni. So, untuk sebulan setengah ni, rasanya memang aku tak berkesempatan nak spend time
dengan kawan-kawan macam biasa. No more hang out, movies, bowling, makan2, and etc.

Bagi aku, bukan masalah besar untuk tak hang out dengan kawan-kawan, tapi sedih sangat bila aku tak dapat jaga adik dan nyai kat kampung. Mak usu terpaksa stay kat KL dan tinggalkan
adik yang tak pernah berpisah dengan mak usu. Bayangkanlah, anak last yang manja, tak pernah kena tinggal, then tiba-tiba kena duduk dengan ayah dan nenek je?
Nenek aku pun dari haritu berkias-kias, nak suruh aku stay kampung n temankan dia.

Orang cakap, jangan asyik nak berkorban sampai diri sendiri terkorban. Tapi kan, kenapa aku asyik teringat adik. Teringat nyai. Teringat adik makan ke tak, teringin adik nangis ke tak,
teringat macam mana bila Pak Usu pergi sekolah, teringat macam mana kalau Nyai terjatuh ke. Mak usu ada dalam lima ketumbuhan kat sana sini. Macam mana nak lupa muka sedih mak usu masa jumpa dia kat KL haritu? Macam mana nak lupa pesan mak usu, suruh aku tengok adik?

Syukurlah cuti sekolah dah nak dekat, dan mama boleh stay kat kampung. Semoga mak usu
cepat sihat.

Adik masa kecik2 chubby sikit. Sekarang dah malas nak makan eh..



~Semoga weekend ni aku berkesempatan untuk tidur dengan adik, n tunaikan janji aku untuk belikan adik lollypop.

~niat hati nak tulis pasal internship days. Tapi tertulis pasal adik pulak. Huhu.

~Dulu selalu sangat kot tulis pasal adik. Masa kat blog zaman betul-betul tak matured tu.


~Campur dengan blog yang hilang tu, dah ada 3 blog kot. Tak senonoh punye najlaa. Blog yang paling aku sayang tulaa yang hilang. (brillianajlaa.blogspot.com - brilliannajlaa.blogspot.com - ohfirework.blogspot.com)



Tuesday, May 24, 2011

Bila Hati


Bila hati rindu,
kupohon agar jiwaku teguh,
lantas kuhayati ayat-ayat cintaMU,
sungguh aku mahu menjadi yang halal untuknya.

Wahai ALLAH,
yakinkanlah jiwaku
bahawa akan tiba saat itu
sungguh aku hanya mahu dia.

Aku mahu terus mencintaiMU
mahu bersamanya mengejar cintaMU
yakinkanlah aku
setia ini berbalas setia
setia di setiap musim
aku mahu setia hingga ke syurga
mahu menjadi ketua bidadari untuknya.


Bila hati rindu,
biarlah aku hanya bercerita denganMU
aku mahu hatinya juga teguh
biar penuh dengan cintaMU
biar namaMU tetap yang teratas di hatinya.

Kuatkan hatiku
jua hatinya
agar selalu dalam redha dan cintaMU.




Saturday, May 14, 2011

Solat. Mungkar. Taubat.

Salam.

Solat. Mungkar. Taubat. Itulah yang akan kita bincangkan pada malam ni. Pernah tak dengar ayat yang berbunyi lebih kurang macam ni…

“Kau ni, solat tonggang tonggek pun tak guna. Tiap-tiap hari buat dosa.”

Dan mungkin ada segelintir di antara kita yang merasakan bahawa seakan sia-sia setiap hari kita bersolat, namun masih punya titis-titis dosa dan maksiat. Akulah yang termasuk di antara kumpulan segelintir(atau mungkin bergelintir-gelintir…) tu. Bila diri merasa berdosa, aku sering rasa putus asa dalam perjalanan mengejar cinta TUHAN. Dan aku terasa amat malu untuk solat. Namun sebenarnya semua tu hanyalah bisikan-bisikan daripada Syaitan, musuh kita yang nyata. Sudahlah dia dah hasut kita untuk lakukan satu dosa, lepastu dia akan buat kita terus mengekalkan dosa bahkan menambah dosa hanya kerana kita malu dengan dosa yang satu itu. Syukur aku mulai sedar akan hakikat itu. bahawa tak ada manusia lepas daripada kesilapan, tak ada insan sempurna di dunia ini. Pun begitu kita tak boleh putus asa untuk terus menyempurnakan semua perintah dan sempurnakan penghindaran larangan ALLAH kerana sejauh mana pun kita berjalan sememangnya destinasi kita tetap kampung akhirat. Sejauh mana kita cuba melarikan diri, kita tetap bakal menemui saat pengadilan ALLAH Yang Maha Adil.

Lantas aku berfikir, mungkinkah ramainya teman-teman aku yang liat untuk solat ini kerana malu dengan dosa ataupun merasa diri tak layak untuk bersolat? Sesungguhnya, solat itu mencegah kita daripada melakukan kemungkaran. Persoalannya, kenapa kita masih belum mampu menghindar dosa? Justeru seharusnya kita kaji balik cacat dalam solat kita. Yang terrrrrrrrpaling penting tentulah niat. Benarkah solat itu untuk TUHAN? Atau mungkin hanya kerana kita malu andainya dilihat sebagai orang yang meninggalkan solat? Adakah solat kita di awal waktu, atau mungkin kita solat Asar di awal waktu Maghrib? Benarkah solat menepati syarat-syarat sah solat? Sempurnakah wudhuk? Dan paling susah rasanya untuk menjaga khusyuk dalam solat. Lantas, mungkin ada yang tertanya-tanya, apa gunanya solat tanpa khusyuk? Ya, sebagai manusia yang normal, aku tau sangat betapa sukarnya mendapat khusyuk dalam solat. Pun begitu, kita harus terus berusaha untuk tingkatkan kualiti solat kita dari masa ke masa. Di samping usaha, seharusnya kita berdoa penuh harap agar ALLAH bantu kita dapatkan khusyuk dalam solat. InsyaALLAH.


Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati ALLAH itu adalah lebih besar (faedah dan kesannya); dan ALLAH mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
(Al-'Ankabuut : 45)


Dan tentang taubat. Sesungguhnya andai kita pernah melakukan dosa dan merasa merindui taubat, maka bersyukurlah kerana itu petanda bahawa hati masih hidup. Sekiranya kembali mengulangi dosa dan masih rindukan taubat, maka tetaplah bersyukur kerana hati masih hidup. Lalu segerakanlah taubat itu. Ingatlah bahawa ALLAH maha pengampun. Biarpun manusia itu sifatnya suka menghukum, namun ALLAH Maha Suci daripada segala kekurangan itu. Meski dah berkali-kali kita mengulangi dosa, namun ALLAH masih menjanjikan ampunan untuk hamba-hambaNYA yang bertaubat. Lantas, kenapa harus kita sia-siakan peluang ni? Selepas bertaubat, sentiasalah doa penuh harap agar dipelihara daripada dosa dan noda. Semoga hati terus tenang, senang dan lapang dalam keredhaanNYA.


Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya ALLAH menerima taubatnya; kerana ALLAH Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Maaidah : 39)


Justeru, aku menyeru diri dan semua agar terus berusaha menghindarkan dosa, bertaubat, bersolat, dan berdoa penuh harap kerana setiap yang berlaku hanya dengan keizinanNYA.


Saat kesedihan mencengkam diri, fikiran dibebani masalah di sana-sini, segeralah bersolat dan bersabarlah dalam berusaha menyelesaikan tiap masalah. Yakinlah kalam ALLAH yang mengkhabarkan bahawa solat dan sabar itu adalah jalan untuk mendapat bantuan.

Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada yang khusyuk. (Al-Baqarah : 45)


Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perntah TUHAN) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya ALLAH menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah : 153)


Selepas solat, berdoalah penuh harap agar solat kita diterima dan mampu menjadi perisai daripada segala kemungkaran.

~aku menulis dari hati, kerana aku tak mahu melihat teman-teman terus tertipu dengan syaitan dan nafsu. Bukankah dosa tu hanya menjanjikan resah yang tiada sudah? Zahir kita mampu menipu, namun batinnya kita jua yang tau. Aku juga terlalu jauh daripada sempurna. Jauh sangat-sangat. Aku juga mengharapkan teguran penuh kasih daripada teman-teman andainya sesekali aku tersasar jalan. Andai hati ini terlalu keras saat kau menegur, tetaplah berdoa untukku kerana aku yakin ALLAH mendengar doa tulus seorang sahabat.

(terjumpa post ni di blog lama, sebab tak berkesempatan nak menulis panjang. Habis praktikal, inshaALLAH aku rajin menulis. hehe)

Thursday, May 5, 2011

One In A Million

You're one in a million
Oh
Now
You're one in a million
Oh

Sometimes love can hit you every day
Sometimes you can fall for everyone you see
Only one can really make me stay
A sign from the sky
Said to me


You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover all the stars above us
You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover all the stars above us

I've been looking for that special one
And I've been searching for someone to give my love
And when I thought that all the hope was gone
You smile, there you were and I was gone

I always will remember how I felt that day
A feeling indescribable to me
Yeah
I always knew there was an answer for my prayer
And you, you're the one for me :)

Wahai ALLAH, semoga cintaku untuk manusia tak akan mengurangi cintaku untukMU. Semoga cintaku untuk manusia, tak membawanya terleka lalu berjauhan dariMU. Wahai ALLAH yang memegang hatiku, tetapkanlah hatiku agar sentiasa dalam redha dan cintaMU. Semoga hatiku sentiasa sedar bahawa tiada bahagia tanpa redhaMU. amiin.