Tuesday, May 24, 2011

Bila Hati


Bila hati rindu,
kupohon agar jiwaku teguh,
lantas kuhayati ayat-ayat cintaMU,
sungguh aku mahu menjadi yang halal untuknya.

Wahai ALLAH,
yakinkanlah jiwaku
bahawa akan tiba saat itu
sungguh aku hanya mahu dia.

Aku mahu terus mencintaiMU
mahu bersamanya mengejar cintaMU
yakinkanlah aku
setia ini berbalas setia
setia di setiap musim
aku mahu setia hingga ke syurga
mahu menjadi ketua bidadari untuknya.


Bila hati rindu,
biarlah aku hanya bercerita denganMU
aku mahu hatinya juga teguh
biar penuh dengan cintaMU
biar namaMU tetap yang teratas di hatinya.

Kuatkan hatiku
jua hatinya
agar selalu dalam redha dan cintaMU.




No comments:

Post a Comment