Thursday, May 26, 2011

Miracles


Salam.

Ok, semalam aku stay up untuk siapkan website, dan prepare apa yang patut untuk final project. Bila mama bangun, mama cakap nak tengok video pasal umrah. Yes, umrah. Masih macam mimpi Mama berpeluang nak tunaikan umrah.

Dulu, Mama selalu cakap, teringin sangat nak pergi tengok Kaabah, tapi duit tak banyak
. Duit gaji pun lepas nak buat makan dan bayar duit kereta bulan-bulan. Untuk buat saving, memang sangat susah. Tapi, aku selalu cakap, "Mama percayalah. Tak ada apa yang mustahil bagi ALLAH. Kalau kita percaya, inshaALLAH ada miracle n Mama boleh pergi sana tanpa disangka."

Tahun ni, 2011, tiba-tiba Nyai (nenek aku) cakap dengan Mama yang Nyai dah pun sediakan beberapa ribu ringgit untuk Mama tunaikan umrah. Subhanallah, alhamdulillah, laailaahaillal
lah, ALLAHhuakbar!


Siapa yang gerakkan hati nenek aku kalau bukan ALLAH?
Siapa yang aturkan semuanya kalau bukan ALLAH?
Siapa yang mendengar tiap perbualan antara aku dan Mama kalau bukan ALLAH?


Ya, tak ada apa yang mustahil bagi ALLAH. Cuma saja, kita yang perlu yakin dengan sepenuh hati bahawa ALLAH Yang Maha Berkuasa untuk buat apa pun. ALLAH yang menahan lang
it daripada jatuh menimpa bumi. ALLAH yang mentadbir pergantian malam dan siang. ALLAH yang mengurus setiap makhluk yang ada di muka bumi.

Sekarang, tinggal lagi dua minggu sebelum Mama nak perform umrah. Walaupun tanpa mahram bersama, aku doakan semoga Mama dapat fokus dan dimudahkan semua urusan untuk beribadah.


Tahajjud, adalah antara cara untuk menguatkan yakin dan percaya kita kepada ALLAH.


There can be miracles, when you believe.
Who knows what miracles you can achieve
When you believe, somehow you will
You will when you believe. :)


~Sama macam buat projek, atau apa pun cita-cita yang kita impikan. Macam hajat nak buat masters, walaupun rasa macam tak berduit sangat, tapi tak ada apa yang mustahil bila kita betul-betul percaya dengan ALLAH, terus usaha, dan berdoa.

~Benarlah bahawa dengan mengingati ALLAH itu hati-hati akan menjadi tenang. Tak ada apa yang membebankan jiwa bila kita yakin dan percaya bahawa kita ada ALLAH :) DIAlah sebaik-baik Pembantu.

~Please, doakan juga hajat aku untuk jadi pensyarah tercapai. Dengan izin ALLAH, aku nak jadi pensyarah yang dapat didik belia Islam, dapat bantu mereka yang betul-betul memerlukan, sama ada dari segi material atau pun moral support. Thank u. :)


Semalam jadikan pengalaman buat kita menyuluh jalan,
mencari pedoman hidup penuh kebahagiaan,

Hari esok hanya anganan, belum tentu kan kesampaian,
Hari ini kita mulai langkah penuh keazaman.


No comments:

Post a Comment