Tuesday, June 28, 2011

Kisah Dua Kehilangan

Salam.

Baru-baru ni aku dikejutkan dengan berita pemergian sepupu yang aku dah lama sangat tak jumpa. Dia yang aku panggil sebagai Abang Ijal telah pergi untuk selama-lamanya. Waktu Abah call beritahu aku tu aku ada di KL, tapi waktu tu aku perlu teman Mak Usu yang ada appointment di HUKM. Aku memang dah plan untuk spend sikit daripada masa cuti dengan atuk, sepupu-sepupu, dan pakcik makcik aku di Negeri Sembilan. Tapi apakan daya, ALLAH dah tentukan semuanya. Aku tak sempat nak jumpa dengan Abang Ijal. Rasanya dah sebelas tahun aku tak jumpa dia. Kalau sesekali aku singgah Negeri Sembilan dengan Mama pun, Abang Ijal tak ada waktu tu. Tapi dia selalu contact aku masa aku belajar kt MRSM Jasin dulu. Dia pun selalu contact Mama ceritakan tentang dia, tanya khabar, dan macam-macam. Sepanjang kita tak berjumpa, rupanya Abang Ijal pernah join group tabligh, pergi ke sana sini untuk berdakwah. Dia pun sibuk ke sana sini untuk cari seseorang yang lama hilangkan diri. Aku tahu, betapa sedihnya kisah hidup dia. Dan mungkin kesedihan itulah yang membuatkan dia mencari-cari ALLAH. Dia yang aku kenal dari kecik, memang seorang yang penyayang. Nakal tu memang biasa untuk budak-budak, tapi ALLAH yang lebih mengetahui hati setiap hambaNYA. Dia ada hati yang lembut, penyayang dan cepat kesiankan orang. Ya ALLAH, izinkanlah aku untuk bertemu dia di syurga nanti. Semoga dia ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang diredhai. Amiin.

Pagi ni pulak, aku dikejutkan lagi dengan berita tentang seorang Pembantu Am di office aku yang baru meninggal dunia. Taufik, hari pertama dia di office, dia dah diamanahkan untuk baca tafsir Quran dalam program membudayakan al-Quran. Memang setiap pagi di office kerajaan negeri Johor diwajibkan untuk bersama-sama membaca al-Quran dan maknanya, bacaan hadith, dan tazkirah. Aku lebih mengenalinya waktu aku dan Yana sibuk untuk bungkus hadiah sempena sambutan MaulidurRasul di office. Dia datang dan offer untuk tolong kami balut hadiah. Aku tak sangka, lelaki macam dia boleh balut dengan cepat dan cantik. Masa tu dia dah cerita macam-macam jugak kat kami. Entah kenapa, aku rasa ada hikmah besar dia terpilih untuk masuk bekerja kat office tu. Aku tahu walau apa pun yang dia cerita, dia ada hati yang baik, dan entah kenapa jugak, dalam hati aku doakan dia supaya sentiasa dapat hidayah ALLAH. Ada sesetengah orang nampak macam terhormat, bersih, terpelihara, tapi susah sangat nak hulurkan bantuan. Bantuan tak semestinya dalam bentuk material, tapi boleh bantu dengan tenaga, boleh bantu dengan menceriakan orang lain, menyenangkan hati orang. Pernah dengar kan kisah perempuan yang ahli ibadah tapi masuk neraka sebab dia pernah siksa kucing sewaktu hayatnya. Ada perempuan pelacur yang masuk syurga sebab dia pernah tolong seekor anjing. Betapa pentingnya untuk kita jaga keikhlasan hati kita, tak boleh sesekali sombong dengan apa yang kita ada dan siapa diri kita, kerana hakikatnya ALLAH yang lebih mengetahui.

Setiap hari, Taufik akan bergurau dan berlakon seolah-olah aku ni girlfriend dia. Kalau datang tempat aku, mesti dia cakap, "Sampai hati you curang dengan I. Sampai hati you ada orang lain." Kadang-kadang bila malas nak layan, aku pun cakap dengan dia, " Taufik, janganlah asyik ulang drama tu."

Bila Taufik lalu je, aku selalu dengar satu lagu ni, macam best pulak muzik dia. Dia pun selalu nyanyi lagu tu. So aku pun mintak dia bluetooth lagu tu kat aku. Selalu jugak aku dengar lagu tu kat phone aku sampai semalam. Dan hari ni aku baru tahu yang Taufik dah tak ada. Aku baru kenal dia tahun ni, tapi rasa macam dia tu kawan lama ataupun adik, sebab dia lebih muda beberapa tahun daripada aku. Pernah sekali masa Mama cuti dan dapat hantar aku ke office, aku nampak dia kat bus stop. Aku yang dalam kereta tu excited beritahu Mama, " Tu kawan Najlaa yang kat bus stop tu!"

Banyak kali Taufik mintak phone number aku, tapi aku tak pernah bagi. Aku tahu dia baik, tapi aku sekadar berhati-hati sebab dah banyak benda jadi dalam hidup ni. Haritu masa singgah office, aku tak sempat nak bercakap dengan Taufik sangat. Aku harap, KakYan pun tabah hadapi kehilangan ni. Semoga kau tenang di sana, semoga tergolong dalam golongan yang ALLAH redha. inshaALLAH. amiin.

Dua orang yang berbeza, seorang sepupu yang aku dah lama sangat tak jumpa, yang ada cuma kenangan sebelas tahun dulu. Kami lost contact lepas aku tukar phone number. Sorang lagi orang yang baru aku kenal, tapi masih teringat semua gurauannya. Seorang abang sepupu, dan seorang yang aku anggap macam adik. Sekarang aku cuma mampu kirimkan doa-doa untuk Abang Ijal dan Taufik.

Dua kisah ni buatkan aku sedar betapa pentingnya erti menghargai. Pandanglah kebaikan yang ada pada diri setiap orang yang kita jumpa, sama ada yang sudah lama mahupun yang baru kita kenal.



Lagu yang aku ambil daripada Taufik.


No comments:

Post a Comment