Thursday, June 16, 2011

Ustazah Pilihan?


Salam.

Apa khabar? Semoga semua ada dalam keadaan yang baik-baik dan positif selalu, inshaALLAH :) Tajuk post kali ni ialah tentang 'Ustazah Pilihan'.

Siapa pernah dengar pasal rancangan baru yang akan keluar di astro oasis? Yup, rancangan 'Ustazah Pilihan' tu..

Ada beberapa orang kawan aku yang suggestkan untuk aku join rancangan Ustazah Pilihan tu. Aku yang dah lama tak tengok tv, dan setakat baca online paper ni pun, terpinga-pinga sebab tak tahu rancangan apalah agaknya Ustazah Pilihan tu. huhu. Bila tanya Uncle Google, aku tengok ada banyak jugak respon positif, dan tak kurang juga yang negatif terhadap program ni.

Teringat masa dulu-dulu, memang aku jenis yang suka bercakap, suka pertandingan cakap-cakap, dan apa juga yang bercakap-cakap ni. Bila ada apa-apa idea, aku akan ke depan untuk sampaikan idea tu, aku tanya apa yang aku tak faham, dan cuba untuk sampaikan apa yang ingin aku kongsi dengan orang ramai. Kawan-kawan pun cakap, aku ni sesuai ambik mass comm sebenarnya. Dari zaman sekolah, aku selalu tengok kem-kem motivasi yang dikendalikan oleh orang-orang yang nampak hebat-hebat dan berkepimpinan, tapi selalu mengetepikan hal-hal berkait dengan agama. Hal-hal seperti waktu solat, aurat, dan batas-batas lelaki dengan perempuan seakan diremehkan. Aku macam terlalu impikan untuk cuba tunjukkan pada masyarakat, bahawa dengan bawa Islam, kita juga boleh berjaya. Mahu tunjuk pada adik-adik perempuan, bahawa dengan menutup aurat juga boleh selalu kelihatan cantik, boleh bergerak aktif.

Tapi sekarang, ada kawan yang nasihatkan supaya aku jadi low profile. Sebab mungkin ada mata-mata yang memerhati dan mungkin mendengki. Lalu, untuk beberapa waktu rasanya aku jadi 'pendiam'. Diam daripada suarakan apa yang aku rasa, diam daripada sebarang bentuk aktiviti, diam daripada dunia luar. Siksanya menjadi bukan diri sendiri, cuma ALLAH, aku, dan mama yang tahu. Tapi dalam tempoh diamnya aku, banyak jugak yang aku belajar. Aku belajar erti sokongan seorang Mama di saat jatuhnya aku, aku belajar kenal kawan-kawan yang tetap setia bersama, aku belajar bahawa apa pun nikmat yang kita ada adalah milik ALLAH yang bila-bila masa pun boleh diambil semula, aku belajar erti cinta tanpa syarat yang bukan hanya suka saat kita punya segalanya. Walau apapun, yang penting, bagi aku, 'diam' dan 'cuti' aku dah berakhir. Bak kata Aaron Aziz dalam KL Gangster, "Cuti gua dah habis bro!". Aku mahu kembali mengejar cita-citaku, untuk terus bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat. Aku tetap mahu cuba menyampaikan dan berkongsi melalui cara yang aku mampu. Aku mahu mengejar syurga, dan membawa yang lain bersama-sama ke syurga.

Berbalik tentang Ustazah Pilihan, aku sangat-sangat berharap agar muslimah-muslimah yang akan menyertai program tu adalah muslimah yang betul-betul mahu menyampaikan akan indahnya Islam andainya dijadikan sebagai jalan hidup. Semoga bukan glamour di mata manusia yang dicari, tapi glamour di kalangan penduduk langit, glamour kerana ALLAH cinta padanya. Semoga rancangan ini bukan seperti program-program lain, yang katanya mahu ketengahkan gadis yang memelihara ketimuran dan kemelayuannya, tapi ditaja oleh pakaian yang tak menutup aurat sepenuhnya.

Ceramah-ceramah agama selalunya dibuat di mesjid, dan dihadiri oleh orang-orang yang memang sedia mahu kepada agama. Tapi, bagaimana dengan mereka yang masih kurang tertarik untuk aktiviti-aktiviti islami? Sesetengah orang cenderung berdiskusi tentang agama dengan sesama mereka yang sudah selalu mengikuti program-program islamik, jadi siapa yang akan menyampaikan pada mereka yang mungkin selalu sibuk dengan aktiviti-aktiviti kurang sihat? Jadi, inshaALLAH, dengan ada rancangan seperti ini membolehkan mereka untuk mendengar sedikit sebanyak perkongsian daripada peserta-peserta ini. Buktikanlah bahawa Islam bukan seperti apa yang dituduh oleh golongan sekular. Buktikanlah orang yang mengamalkan Islam bukanlah seperti apa yang kita tonton dalam sesetengah drama, bahawa mereka cuma tahu menuduh dan memandang rendah pada orang lain.

Apa pun, bagi aku, setiap orang perlulah berusaha untuk jadi 'Ustazah Pilihan' yang selalu berusaha memperbaiki diri dan membawa orang lain bersama-sama untuk menjadi lebih baik. Selalu perbetulkan niat agar apa pun yang kita buat hanyalah kerana mengharapkan redha ALLAH. Berkawanlah dengan semua, dan bukan dengan golongan tertentu sahaja. Kadang-kadang kita tak sangka, mereka yang nampak kurang baik tu mungkin boleh jadi jauh lebih baik daripada kita. :)

Ustazah Pilihan tengah check email.. :)


Mulakan dengan tunjuk contoh baik pada adik-beradik, sepupu-sepapat, teman rapat, jiran-jiran, dan lain-lain. Jangan malu untuk bawa imej Islam, kerana yang tersendiri itulah yang istimewa :)


~Macam mana aku nak masuk program tu, sedangkan sekarang masih merangkak-rangkak nak hafal buku resipi. hehe.

~Aku nak jadi 'Ustazah Pilihan' di hati Mama. Suatu hari nanti di hati suami, dan hati mak mertua pulak. inshaALLAH. Peace! :)

No comments:

Post a Comment