Tuesday, June 28, 2011

CerPan : Sweet Stalker (Part 1)

Salam. Memperkenalkan, segmen Cerita Panjang ataupun CerPan. Tak boleh nak kata cerpen, sebab lebih panjang daripada cerpen. Hehe. Dah lama tak berkesempatan nak menulis. Jemputlah baca. Kalau ada nak tegur, kritik, komen, silalah. Jangan segan, jangan takut. Ok, CerPan kali ni bertajuk Sweet Stalker. Selamat Membaca! :)


Sweet Stalker

Seluruh tubuh terasa lesu setelah seharian aku cuba menenangkan salah seorang pesakit buah pinggang di Pusat Rawatan Hikmah. Sudahlah tak dipedulikan anak-anak, makcik tersebut terpaksa pula berjuang melawan penyakit ini. Memang orang yang menghidap sakit buah pinggang ni perlukan ketabahan dan semangat yang kuat. Ada ramai pesakit yang terpaksa berhenti kerja kerana kebanyakan masa dihabiskan untuk dialisis dan kepenatan selepas dialisis demi dialisis. Beberapa kali aku terkuap-kuap menahan rasa mengantuk. Selalunya waktu cuti semester ini memang aku peruntukkan masa untuk menjadi sukarelawan di situ. Bas terus meluncur laju dan mata penatku masih mampu melihat pemandangan Selat Tebrau dari sisi tingkap. Akhirnya bas berhenti di hadapan Danga Bay.

“Terima kasih pakcik”, ucapku pada konduktor sebelum kakiku menuruni tangga bas. Konduktor bas yang aku kenali sebagai Pakcik Man tersenyum sambil berpesan kepadaku supaya berhati-hati. Memang itu pesannya setiap kali melihatku turun di sini. Sememangnya aku suka ke sini andai ada sesuatu yang mengganggu fikiranku. Aku senang di sini untuk menenangkan fikiran sambil melihat laut.


Aku tersenyum sendiri saat melihat sepasang kekasih yang sedang asyik berbual. Seketika aku teringatkan dia yang sudah lama hilang dari hidupku. Dia yang pernah hadir menjadi seseorang yang terlalu dekat dengan hatiku, dan kini seperti orang asing bagiku. Hanya Tuhan yang tahu betapa susahnya untuk aku usir satu nama itu. Dan kesannya kini, betapa sukarnya membina rasa yakin bahawa ada lelaki yang tulus menyintai dan sedia setia padaku. ‘ Semoga satu hari nanti ALLAH akan temukan aku dengan lelaki yang seperti itu; sangat menyintaiku dan sentiasa setia.’ Bisik hatiku penuh harap. Ya, aku yakin dengan sifat ALLAH Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Mengasihani. Lalu aku cuba mengukir senyum agar ketabahan dan kekuatan itu memenuhi jiwaku.

Lagu Starlight Tears dari handphoneku berbunyi. Mesej daripada Celcom rupanya, getus hatiku sendiri. Saat itu juga aku terlihat satu kad berwarna merah yang diselitkan di grill rumahku.

‘Ayu.

Dalam dirimu penuh kelembutan,
Semakin hari makin rinduku padamu.
Tanpamu ku sayu.
Terkenang kembali saat pertemuan dulu.

Ayunya senyuman,
Ayunya wajah.’

First time dalm hidup saya jumpa orang yang ada pureness ayu macam awak.

From,
sweetStalker.


Aku ketawa sendiri membaca tulisan dalam kad itu. Sweet stalker? Sweettalker adalah! Masuk yang ini, dah lima kali aku dapat kad daripada Sweet talker ni.


“Waah, cantiknya lukisan ni.. Boleh lukis muka saya ke?” suara itu memadamkan ingatanku untuk dia yang sudah jauh. Aku menoleh dan memandang kearah seorang wanita berusia lingkungan 20-an menegur sorang lelaki yang sedang asyik melukis. Lelaki itu duduk di bangku yang dipisahkan dua langkah daripada tempat dudukku. Lelaki muda yang kelihatan seperti berdarah campuran Latin itu tersenyum padaku sebelum dia menjawab pertanyaan gadis itu. Butir bicaranya tidak dapat aku dengari, lalu aku bangun dari tempat dudukku dan berjalan menuju ke arah tempat penyewaan basikal. Malunya aku kalau dilihat macam orang yang asyik melayan perasaan. Duduk sendiri, termenung menghadap laut.

Saat berjalan, tiba-tiba aku teringatkan lelaki tadi. Bukan kerana senyumnya itu, tetapi wajah itu seperti tidak asing bagiku.


“Assalamualaikum,” tegur satu suara di belakangku. Lamunanku terhenti lagi untuk yang kedua kalinya.

“Waalaikumussalamwarahmatullah,”ucapku perlahan, menyedari kewajipan menjawab salam. Lelaki yang baru bermain di fikiranku sudah muncul di depan mata.

“Awak ingat saya lagi tak? Kita pernah duduk sebelah masa dalam bas.” tanyanya padaku. Oh, rupanya dia lelaki yang pernah aku jumpa dalam bas, aku terpaksa duduk di sebelahnya kerana itu saja seat yang kosong.

“Saya tanya awak kat mana City Square.” Ya, aku sudah teringat peristiwa yang sudah setahun berlalu itu. Tajamnya ingatan lelaki ini, sedangkan begitu susah untuk aku cuba mengenali dirinya. Waktu itu kebetulan aku juga mahu turun di City Square untuk berjumpa dengan Fazila, teman zaman sekolahku dulu. Aku teringat juga betapa Fazila beria-ia mengatakan wajah lelaki itu terlalu mirip dengan salah satu watak dalam drama bersiri Mexico Rosalinda. Kalau tak silap aku, dalam cerita Rosalinda, pelakon tu dipanggil dengan nama Alex. Aku pun tak berapa ingat, sebab aku lebih fokus dengan pelakon lelaki utamanya, Fernando Jose.

“Ingat.. Sebenarnya baru je ingat. Saya ni pelupa sikit. Sorry ye.” Ujarku meminta maaf padanya.

“Saya Firas, haritu tak sempat nak kenalkan nama.”

“Saya Aisyah.” Ucapku pendek.

“Oh, saya ingat nama awak Ayu.” Ujarnya sambil ketawa. Entah apa yang lucu, aku pun tak tahu. Dahla pandai-pandai cakap nama aku Ayu.

"Em, sorry ya sebab saya kena balik sekarang. Ada rezeki kita jumpa lagi." Bimbang jugak aku untuk berbual lama-lama dengannya. Teringat pulak cerita Mama tentang lelaki peramah yang kerjanya menjual perempuan. Muka dahlah macam mix, takut pulak kalau dia culik aku nanti, bisikku sendiri bersangka buruk.


(Bersambung..)






5 comments:

  1. nice .. ade spelling error la , 'Aku pun tak beraa ingat'. any way, good

    ReplyDelete
  2. mr. zamri : tq sudi baca n tegur. :) ni mesti sgt3 expert in programming. cepat dpt detect spelling error. selamat boleh run jugak. huhu. thanx alot ya :)

    ReplyDelete
  3. percubaan yang bagus dan menarik.... walaubagaimanapun, dicadangkan untuk penulisan seterusnya tidak terlalu terikat dengan tema 'anak mama, kekasih lama, kenangan dan pertemuan, johor bahru' sebab mungkin pembaca yg mengikuti penulisan anda akan dapat menjangka ending cerita ini..(dilamar kekasih lama, hidup bahagia..'agak je,hihi')..pembukaan cerita menarik, sesuatu yang lain tapi masuk perenggan berikutnya sudah tema yang sama..jika dapat dipelbagaikan tema dan jalan cerita itu pasti lebih gempak!..apapun tahniah.

    air sirap warna merah,
    saya kritik jangan marah. :D

    sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Incik Kamil : Thank u untuk teguran :) sy baru ckp dgn kawan sy, sy suka tulis latar tempat yang memang saya familiar. Kalau perasan, macam Habiburrahman pun banyak tulis cerita di area Egypt sebab itu tempat dia belajar. Macam tu jugak Jane Austen, tulis cerita di tempat dia tinggal. Macam Anis Ayuni pulak, cerita dia berbeza-beza tapi most of cerita dia buat yang dia bersama mak dan tak hidup dengan ayah. Jadi cerita tu nampak real, sebab mungkin ada kena mengena dengan jalan hidup dia. Tapi novelis macam Anis Ayuni dan Aisya Sofea dah banyak melancong, so bleh buat banyak latar tempat menarik. (Dua-dua tu novelis favourite sy) Anyway, teguran diambil perhatian. Thank u :) Mungkin dalam novel, boleh dipelbagaikan sebab cerita panjang dan banyak chapter. inshaALLAH.

    air sirap memang merah,
    jangan risau saya tak marah.
    hehe.

    ReplyDelete
  5. yup.. ms buat programming kne teliti,syntax error..nnt result lain.

    sirap limau warnanya masih merah,
    dlm hati mesti marah.

    jgn mrh :P

    ReplyDelete