Wednesday, February 16, 2011

Satu Hari Di Tengah Hari

Salam.

Masa aku menulis ni, aku berlatar belakangkan suara adik-adik yang belajar mengaji dengan Mama tercintaku. Dah lama tak borak-borak dengan budak-budak comel macam korea tu, sebab lately ni macam asyik over penat je.

Semalam, aku ada try nak follow blog orang tapi tak boleh. Dan ada kawan aku yang beritahu diorang tak bolleh nak follow this blog. Agaknya aku ada silap setting, ataupun blogspot ni tengah pening? Hehe. Tapi takpelah, sebelum ni, ramai je mengaku jadi silent reader kat blog. Yang penting, aku sangat harap apa yang aku tulis dalam blog ni sedikit sebanyak dapat bagi something kat orang yang baca. Lagipun, banyak unexpected thing yang jadi dalam hidup aku yang mengajar aku ilmu ikhlas dalam buat something.

This blog is just like a way of expressing my thought from what I experienced. Tapi memang sebelum berblog pun, aku selalu fikir macam mana nak kongsi apa yang aku fikir dan aku rasa terhadap banyak benda yang aku jumpa dan lalui dalam hidup ni. Mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Yes, tu yang buat aku rasa menulis adalah antara medium untuk kita lebih dekat dengan masyarakat. Jadi, para blogger adalah sangat bertanggungjawab untuk jaga tulisan mereka, sama ada tulisan mereka membawa manusia lebih dekat pada ALLAH atau sebaliknya, menjadi lebih positif atau negative, dan macam sudut ukuran.

Tu baru je muqaddimah untuk cerita hari ni. Hari ni semua orang busy kat office sebab esok kami nak berjumpa dengan orang-orang dari Brunei nak datang ke office. Bila tiba masa rehat, macam biasa, kami pun bergerak untuk lunch di kompleks sebelah office. Seronok bila berjalan ke kompleks sebelah, sebab dapat tengok laut kat seberang jalan.


Tempat aku dapat belajar banyak ilmu dan pengalaman hidup



Bila sampai kat kafe, masa aku tengah beratur nak makan nasi, aku ternampak ada makcik yang duduk sendiri kat satu meja. Dengan kepohnya, aku tanya, “Makcik datang dengan siapa?” sedihnya aku bila makcik tu jawab, “Makcik datang sorang-sorang.”

Bila aku duduk makan dengan makcik tu, barulah aku tahu yang makcik memang tinggal sendiri. Takde ibu, ayah, suami, mahupun anak. Dahla tu, makcik tu pulak ada sakit diabetes. Macam mana agaknya bila kita hidup sebatang kara kat dunia ni?Banyak benda yang aku fikir bila borak dengan makcik tu.

Apa persediaan yang kita dah buat dari segi fizikal, mental, dan material sekiranya ditakdirkan benda macamtu berlaku pada kita? Dalam hidup ni, sesekali kita perlu fikir kemungkinan-kemungkinan yang negatif sebab memang manusia tak akan terlepas daripada diuji. Hidup kan tak seindah mimpi, tapi kita perlu terus berjuang untuk berdepan dengan pelbagai asam garam dalam hidup. Bagi aku, perempuan perlu jadi orang yang lebih kuat dan berdikari supaya tak terduduk sekiranya apa-apa berlaku. Hati perlu lebihkan pergantungan dengan ALLAH daripada pergantungan dengan manusia, sebab semua dalam dunia ni tak kekal melainkan ALLAH. Hati yang dulu penuh dengan rasa cinta boleh berubah, orang yang dulunya sihat boleh jatuh sakit tiba-tiba, harta yang banyak boleh habis sekelip mata, orang yang ada boleh pergi tinggalkan kita. Usah rasa senang dan sombong dengan ALLAH, kerana bila ALLAH kata jadi, maka jadilah ia. Semua milik ALLAH yang DIA boleh ambil bila-bila masa.

Sempat aku muhasabah diri dengan tarbiah yang ALLAH bagi masa lunch tu. ALLAH temukan aku dengan makcik yang buat aku berfikir banyak. Walaupun mama dan abah aku dah berpisah, tapi aku tetap rasa disayangi, dan mereka masih ada lagi untuk aku jadikan inspirasi. Macam mana agaknya perasaan orang yang hidup sendiri, lagi sedih kalau dapat pasangan hidup yang tak memahami dan sedia untuk betul-betul setia menyayangi.


Yana & Pakcik Guard yang suka biskut lemak (Hup Seng) - antara yang menceriakan hari-hari praktikal
My supermama, the one that i really love.

Ok, sekian saja post untuk kali ni. Stay tuned, and inshaALLAH I’ll be right back. Hehe. Semoga kita jadi orang yang banyak berfikir kerana sesaat berfikir adalah lebih baik daripada lamanya masa beribadah.

Jom tadah tangan dan doa sama-sama..

“Ya ALLAH, jadikanlah hati-hati kami hati yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMU, dan redha dengan tiap musibah. Amiin.”

No comments:

Post a Comment